Terasa nak makan pisang goreng dengan tepung rangup yang sedap? Ini rahsia cara nak buat bancuhan tepung pisang goreng yang mudah dan dijamin menjadi.
Cara bancuhan tepung yang digunakan ini paling rangup dan tak serap banyak minyak. Bukan itu saja, pisang yang digoreng pada waktu pagi sampai petang pun masih tetap rangup. Guna pisang yang dah lembik pun tak serap minyak.
Baca juga: Apam Pisang Gebu Guna Sukatan Cawan, Kisar Bahan Guna Blender Je
Menerusi perkongsian oleh Butik Meek Kelate Kitchen, resipi ini adalah daripada arwah ibunya. Jom lihat perkongsian lengkap olehnya di bawah. Semoga bermanfaat!
Bahan bancuhan:
Bahan utama:
Cara penyediaan:
1. Satukan semua kecuali pisang.
2. Kacau sebati menggunakan whisk atau senduk. Pastikan adunan bercampur rata dan tidak berketul.
3. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali menggunakan api sederhana.
4. Bila minyak sudah panas, celupkan pisang dan goreng seperti biasa.
5. Bila sebelah pisang sudah garing, terbalikkan dan masaklah hingga pisang garing dan masak sempurna.
6. Angkat, toskan minyak. Sedia untuk dinikmati bersama sambal kicap.
Selamat mencuba resipi ini.
Baca juga: Cara Buat Puding Pisang Pandan, Mesti Laju Je Habis Bila Hidang Nanti
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…