rahsia perapan daging bakar

Siapa je tak suka makan masakan daging kan? Tapi paling spoil bila daging liat susah nak kunyah. Haa! Rupanya ada rahsia perapan daging bakar yang lembut dan berjus.

Nak tahu caranya? Jom baca resipi di bawah hasil perkongsian dari Makcik Ratu. Ada 2 cara untuk memasak daging, boleh pilih mengikut cara yang anda sukai.

RAHSIA PERAPAN DAGING BAKAR LEMBUT

CARA 1: REBUS DAGING

Bahan-bahan:

  • 2 kilo daging (daging batang pinang lembut)
  • 5 sdb sos cili Maggi
  • 5 sdb sos tiram-Seafood Adabi
  • 6 sdb sos black pepper
  • 6 sdb sos ikan
  • 1 1/2 sdb black pepper (dalam botol yang berbiji halus)
  • 2 sdb gula
  • Sedikit garam
  • 1/2 cawan minyak

Cara-cara:

1. Rebus daging besar-besar dalam pressure cooker.

2. Bila dah empuk, angkat dan gaulkan dengan semua bahan.

3. Bakar sekejap untuk bagi sedikit garing. Guna Air Fryer.

4. Lapik aliminium foil supaya sos tak jatuh ke bawah dan bole ambik dan sapu setelah daging dingkat.

5. Angkat daging letak dalam pinggan, sapu lebihan sos yang ada.

CARA 2: PERAP DAN BAKAR

Daging tak perlu rebus, hanya perap dengan semua bahan dan perap semalaman.

Bakar sampai masak. Cara ini daging lebih berjuicy.

CARA BUAT SOS PENCICAH

Bahan-Bahan Untuk Buat Sos Pencicah

  • 1 cawan air suam
  • Segenggam asam jawa ramas keduanya ambil air saja
  • 3 sdb sos ikan
  • 1 sdb jus limau nipis atau jus dari 2 biji limau kasturi
  • 3-5 sdb gula kabung Thai
  • 15 cili padi merah Thai tumbuk
  • 10 ulas bawang merah hiris nipis2
  • 5 ulas bawang putih dadukan halus2
  • Sedikit cili sos – tak letak pun ok
  • 1 sdb beras disangai dulu kemudian ditumbok
  • Daun ketumbar hiris nipis

Cara-cara:

1. Campur semua bahan.

2. Masak atas api sehingga mendidih kemudian tambah bancuhan air tepung jagung jika suka.

3. Bancuhan sos kalau tak guna tepung jagung tak masak pun tak apa.

Selamat mencuba!

Kredit: Makcik Ratu

Baca juga: Cara Buat Daging Bakar Harimau Menangis & Sos Ala Thai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN