rahsia air zamzam

Ternyata, ada rahsia air zamzam yang ramai tak tahu dan banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan jika meminumnya setiap hari. 

Air Zamzam ialah air yang diperoleh dari mata air di sekitar Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi. Air ini ternyata memiliki kandungan khas yang berpotensi untuk kesihatan. Tapi, apakah rahsia di sebaliknya?

Baca juga: Khasiat Teh Hitam Yang Ramai Tak Tahu, Dapat Turunkan Berat Badan

Ia kaya dengan mineral yang berasal dari bebatuan di sekitarnya. Kerana inilah, air ini tidak mengalami perubahan rasa dan bau walaupun disimpan dalam tempoh waktu yang lama.

Khasiat air Zamzam berasal dari kandungannya. Jenis air ini kaya dengan pelbagai jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan iaitu:

  • Magnesium
  • Kalium
  • Natrium
  • Bikarbonat
  • Klorida
  • Fluoride
  • Sulfat
  • Zat besi
  • Gangsa
  • Zink

Tinggi kandungan mineral membuatkan air Zamzam ini memilik pH yang lebih tinggi berbanding air mineral.

Rahsia Air Zamzam Dari Segi Kesihatan

rahsia air zamzam

Gambar sekadar hiasan.

1. Mencegah dehidrasi

Dehidrasi menunjukkan tubuh kita kekurangan cairan. Keadaan ini juga membuat tubuh badan kehilangan mineral elektrolit yang berperan penting menjaga fungsi fisiologi tubuh.

Jadi, minum air Zamzam dapat mengatasi dehidrasi. Tubuh mendapatkan cairan tambahan dan mengembalikan elektrolit yang hilang.

2. Menurunkan risiko osteoporosis

Menurunkan risiko osteoporosis dengan memberikan mineral yang diperlukan untuk kekuatan tulang. Tulang yang kuat membantu mengurangkan risiko osteoporosis. 

3. Mencegah gigi berlubang

Kaya akan fluoride yang membantu mencegah gigi berlubang. Kandungan kalsium dan fosfor juga melindungi dan membangun kembali enamel atau lapisan terluar gigi.

4. Mengawal tekanan darah

Membantu mengendalikan tekanan darah agar tidak terlalu tinggi. Manfaat ini berasal dari kandungan mineral kalium. Kalium membantu mengurangi natrium berlebih melalui urin (air kencing).

Natrium merupakan mineral pada garam yang memicu tekanan darah tinggi. Selain itu, kalium mengurangkan ketegangan pada pembuluh darah. 

5. Mengurangkan kerosakan hati

Minum air Zamzam juga berpotensi melindungi hati dari kerosakan. Ini kerana, air ini bersifat antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan hati. 

6. Mempercepat penyembuhan luka

Air mineral pada Zamzam membantu merangsang pembentukan kolagen dan pembuluh darah baru. Hal ini membuat jaringan kulit lebih cepat sembuh. 

7. Menjaga fungsi otot dan saraf

Kaya akan kalsium, fosfor, natrium, dan magnesium yang berguna untuk menjaga fungsi otot dan saraf.

8. Mengurangi sembelit

Membantu melancarkan usus dan mudah untuk membuang air besar. 

Kesimpulan

Walaupun memiliki manfaat kesihatan yang bagus, air Zamzam tidak boleh diandalkan sebagai satu-satunya sumber mineral atau minuman tambahan. Klaim khasiatnya juga perlu diteliti lebih lanjut, dan penting untuk memilih pembekal yang dipercayai bagi mengelakkan daripada produk palsu.

Sumber: Hello Sehat

Baca juga: Sakit Gerd Boleh Makan Apa? Doktor Ini Kongsikan Makanan Yang Bagus

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN