Seperti yang kita tahu ikan buntal merupakan sejenis ikan yang berduri bahkan ia juga turut sinonim dengan kandungan bahan kimia racun aka toksin jenis tetrodotoxin (TTX). Kesan bahan kimia ini sangat kuat terutamanya terhadap sistem saraf manusia (neurotoxin) dan ia juga boleh membawa maut kepada seseorang individu.
Berapakah kadar toksin dalam seekor ikan buntal?
Walaupun kita lihat ikan buntal itu kecil tetapi toksin dalam seekor ikan buntal mampu membunuh 30 orang dewasa.
Di manakah terletaknya toksin di dalam ikan buntal?
Toksin dalam ikan buntal terkandung dalam organ dalaman iaitu:
- Hati
- Kulit
- Organ Peranakan
Apabila toksin tersebut telah masuk ke dalam badan manusia, ia akan menyerang sistem saraf yang menyebabkan mangsa susah bernafas, jantung hilang fungsi, lumpuh dan kematian. Setakat ini tiada ubat yang dapat merawat toksin ini tetapi kaedah yang boleh dilakukan adalah bantuan pernafasan sehingga toksin dalam badan keluar dari badan secara semulajadi.
Tetapi anda jangan khuatir. Di Malaysia terutamanya di kawasan Betong (Sarawak), ikan buntal yang sering dijadikan sebagai lauk pauk sudah pun dikeluarkan toksinnya.
Selain itu, toksin ini juga turut boleh hidup dalam haiwan lain seperti sesetengah jenis sotong dan cacing, kerang-kerangan, tapak sulaiman dan katak.
Setelah mengetahui kitaran ini, saintis telah membantu penternak untuk memelihara ikan buntal yang selamat untuk dimakan tanpa proses menyiang yang teliti.
Diharapkan informasi ini dapat membantu anda terutamanya jika anda berkunjung ke luar negara.
Kredit: Fatimah Salim
Baca juga:
Tips Beli Telur Yang Betul Untuk Menghindari Risiko Keracunan