Categories: Resipi

Resipi Puding Tutti Frutti Untuk Jamuan Raya, Semua Yang Makan Pasti Puji Sedap!

Puding tutti frutti ini memang memikat selera! Bukan saja mudah disediakan, malah pasti jadi kegemaran anak-anak. Resipinya ringkas, tak perlu banyak bahan tapi hasilnya cukup menyelerakan.

Sesuai dinikmati pada bila-bila masa, sama ada sebagai pencuci mulut harian ataupun hidangan istimewa untuk majlis dan jamuan. Bahagian paling best, anda boleh gunakan filling mengikut cita rasa sendiri!

Terima kasih kepada Saudari Norhasni Ahmad atas perkongsian resipi menarik ini. Jom kita cuba buat sendiri di rumah!

Baca juga: Resipi Puding Kastard Tiramisu, Makan Sejuk-Sejuk Baru ‘Best’!

RESEPI PUDING TUTTI FRUTTI

Bahan-bahan:

  • 1 kampit serbuk agar-agar
  • 1 tin susu cair
  • 3 tin air (sukat guna tin susu)
  • 1 tin susu full cream (sukat guna tin susu juga)
  • 1 tin susu pekat manis
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Kacau hingga tepung kastard larut sepenuhnya dan tak berketul.
  3. Masak atas api sederhana hingga mendidih.
  4. Bila dah mendidih, padamkan api dan biarkan sejuk seketika.
  5. Sementara itu, lorek-lorekkan bahagian dalam bekas acuan dengan filling pilihan anda (boleh guna buah-buahan koktel, nata de coco atau jeli).
  6. Tuang adunan puding ke dalam acuan yang dah dihias tadi.
  7. Simpan dalam peti sejuk hingga mengeras dan sejuk sepenuhnya.

Sumber: Norhasni Ahmad

Baca juga: Resipi Puding Kastard Jagung Super Creamy & Lembut, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

9 hours ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

9 hours ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

10 hours ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

11 hours ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

12 hours ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

13 hours ago