puding seringgit

Dulu puding hanya dihidang sebagai pencuci mulut dalam majlis, sekarang ramai jadikannya sumber rezeki. Sebagai contoh puding seringgit, walaupun modal kecil tapi hasilnya berbaloi.

Teksturnya lembut dan rasanya lemak manis. Jadi, tak hairanlah jika setiap kali buat mesti cepat habis kerana kanak-kanak sampai orang dewasa, semua sukakannya.

Anda boleh ikut resipi puding seringgit yang dikongsikan oleh Ezatie Akma di Facebook dengan satu bancuhan boleh dapat lebih kurang dalam 50 hingga 60 bekas kecil. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Kukus Gebu Versi Bajet, Satu Adunan Mudah Boleh Buat Banyak Perisa!

RESIPI PUDING SERINGGIT

puding seringgit

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu full cream
  • ½ tin susu pekat manis
  • 4 tin air masak
  • 1 sudu creamy vanilla atau esen vanilla
  • 10g serbuk agar-agar
  • 2 sudu tepung kastard
  • 2 sudu gula (boleh tambah jika suka manis)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, satukan semua bahan dalam periuk.

2. Selepas itu, kacau atas api sederhana sampai mendidih dan sebati.

3. Apabila sudah likat, tuang ke dalam bekas kecil 2oz.

4. Akhir sekali, sejukkan dan simpan dalam peti sejuk sebelum dihidang. Siap untuk dinikmati!

puding seringgit

Jika mahukan hasil puding seringgit yang lebih banyak, gandakan saja bahan-bahannya mengikut sukatan yang diberikan. Makan sejuk-sejuk, terasa lebih nikmat.

Oleh kerana modalnya kecil dan bahan mudah didapati, puding seringgit juga menjadi salah satu pilihan idea menarik untuk potluck. Rasanya sedap, lembut dan sejuk di tekak.

Selamat mencuba!

Sumber: Ezatie Akma

Baca juga: Resepi Puding Trifle Sedap Versi Mini, Setiap Lapisan Rasa Lembut Berkrim

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN