kek kukus mudah

Nak cuba buat kek gebu dan tak perlu modal besar, wajib cuba resipi Kek Kukus mudah ini. Dengan satu adunan asas, anda boleh hasilkan pelbagai jenis kek yang disukai.

Resipi Kek Kukus mudah yang dikongsikan oleh Iskandar Muadz di Facebook ini menggunakan bahan mudah didapati dan hasilnya naik elok serta tak kecut langsung.

Baca juga: Resepi Cheesekut Mudah Versi Bajet, Guna Biskut Kering Tapi Rasa Kayangan

RESIPI KEK KUKUS MUDAH

kek kukus mudah

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum atau tepung kek (jika nak buat kek coklat, ganti 1 cawan tepung dengan 1 cawan serbuk koko)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar ovalette
  • ½ cawan susu sejat
  • ½ cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Perisa pilihan dan pewarna makanan mengikut cita rasa

Cara-cara membuat kek kukus mudah:

1. Satukan telur, gula kastor, ovalette dan esen vanilla dalam satu mangkuk besar. Pukul dengan kelajuan tinggi sampai adunan menjadi kembang, pekat dan gebu berjejak.

2. Masukkan susu sejat dan minyak masak. Gaul rata dengan kelajuan perlahan atau spatula saja.

3. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Gaul sampai semua sebati dan tiada ketulan tepung.

4. Bahagikan adunan jika nak buat lebih dari satu jenis perisa. Tambahkan pewarna dan perisa mengikut citarasa anda. Contohnya, pewarna merah + serbuk koko untuk red velvet, esen pandan + pewarna hijau untuk pandan dan serbuk koko penuh untuk coklat.

5. Jika guna acuan kecil, tuang adunan dalam 70gram setiap bekas, kemudian kukus selama 15 minit.

6. Jika guna loyang 9 inci, kukus selama 30 minit. Jika belum masak selepas itu, tambah masa beberapa minit sampai lidi keluar bersih.

Selamat mencuba!

Sumber: Iskandar Muadz

Baca juga: Resepi Kek Marble Simple Paling Bajet, Gebu Gebas Walau Dengan 5 Bahan Saja!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN