resepi puding trifle sedap

Apabila dengar ada jamuan potluck, terus terlintas nak buat resepi Puding Trifle sedap ini. Maklumlah pencuci mulut ini berwarna-warni, mestilah ramai tertarik nak makan.

Tak ramai yang tahu, sebenarnya Puding Trifle merupakan sejenis pencuci mulut berlapis yang berasal dari England dan biasanya disediakan dalam mangkuk kaca yang besar.

Yusma Mustafa telah kongsikan resepi Puding Trifle sedap di Facebook yang mudah dalam versi cup dan membuatkan ramai tertarik untuk mencubanya di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Puding Sumi Jelly Ala Tutti Fruity, Warna-Warni Begini Mesti Budak-Budak Suka!

RESEPI PUDING TRIFLE SEDAP

resepi puding trifle sedap

Bahan-bahan:

  • Sebiji kek swiss roll (pilih warna hijau perisa pandan)
  • 1 tin buah koktel
  • 1 susu tin cair
  • Sekotak jelly (jenama Nona, pilih kotak warna merah perisa stawberry atau raspberry)
  • 1 cawan tepung kastard
  • ½ cawan gula
  • 1 cawan air

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, potong kek swiss roll dan isi dalam cup. Terpulang nak potong tebal mana. Agak-agak dalam ¼ tinggi cup itu pun sudah okay.

resepi puding trifle sedap

2. Buat adunan kastard dengan mencampurkan 1 tin susu cair, 1 cawan tepung kastard, 1 cawan air dan ½ cawan gula (jika nak cair sikit, masukkan 2 cawan air).

3. Kacau adunan kastard di bawah dulu, baru kacau di atas api. Kena kacau tanpa henti guna api kecil sampai likat, berkilat dan keluar buih meletup-letup.

resepi puding trifle sedap

4. Selepas itu, boleh tuang adunan kastard dalam cup tadi.

5. Tapiskan air buah koktel, kemudian susun buah koktel di atas lapisan kastard. Tekan-tekan sedikit buah koktel itu guna sudu biar separuh tenggelam masuk ke lapisan kastard.

6. Kemudian, masak jelly dengan mencampurkan serbuk jelly bersama 400ml air. Masak sampai larut dan mendidih. Jika guna dua kotak, hanya perlu gandakan kuantiti air.

7. Seterusnya, tuangkan jelly secara perlahan atau ceduk guna senduk sebab nak elak buah koktel itu terapung.

8. Akhir sekali, boleh tutup cup dengan penutup dan simpan di bahagian chiller dalam peti sejuk selama beberapa jam. Siap untuk dinikmati!

Jika tak nak guna buah koktel dalam resepi Puding Trifle sedap ini, anda boleh saja gantikan dengan buah tin lain seperti peach, laici, longan dan sebagainya.

Selamat mencuba!

Sumber: Yusma Mustafa

Baca juga: Cara Buat Puding Coklat Cream-O Yang Cantik Menawan, Serius Menjadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN