puding roti kukus

Bukan saja bakar, kita boleh buat puding roti kukus juga! Sesuai untuk mereka yang tiada oven di rumah.

Rasa puding roti yang dikukus ini boleh tahan sedap juga, setanding dengan dibakar menggunakan oven.

Adunan roti menjadi lebih lembut bila disuap ke mulut. Dimakan pula dengan sos kastard yang pekat dan berlemak.

Resipi oleh Nurul Shafira ini telah mendapat 34 ribu shares di laman sosial Facebook. Jom cuba!

Baca juga: Ada Roti Lebih Jangan Buang, Boleh Buat Puding Roti Karamel Yang Lembut Elok

Resepi Puding Roti Kukus

Bahan-bahan puding roti:

  • 10 keping roti gardenia
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 5 sudu besar gula
  • Buah campur kering – rendam sekejap dalam air panas

Cara-cara buat puding roti:

1. Satukan semua bahan kecuali roti ke dalam pengisar. Kisar kesemuanya.

2. Sapu butter pada setiap kepingan roti serta loyang.

3. Susun roti ke dalam loyang dan curahkan bahan kisar tadi. Tekan-tekan roti supaya semua meresap.

4. Taburkan buah kering yang sudah direndam di dalam air panas tadi.

5. Kukus selama 30 minit.

puding roti kukus

Bahan-bahan sos kastard:

  • 1 tin susu cair
  •  ½ cawan air
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 4 ½ sudu besar gula

Cara-cara buat sos kastard:

1. Campur tepung kastard ke dalam air, kacau rata. 

2. Kemudian campurkan semua bahan, masak atas api perlahan. Kacau-kacau sehingga kuah sedikit pekat. Siap! Selamat mencuba.

puding roti kukus

Kredit resipi dan gambar: Nurul Shafira

Baca juga: “Tak Sempat Tengah Hari Dah Licin” – Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak-Anak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN