
Setelah seharian bekerja, pasti tekak teringin makan sesuatu yang manis dan menyegarkan. Jika begitu, buat saja resepi Puding Roti Karamel ini kerana ia cukup lembut dan manis.
Apabila nampak Puding Roti Karamel di depan mata, takkan ada sesiapa pun yang mampu menolaknya. Bukan saja kanak-kanak, malah orang dewasa pun cukup menyukainya.
Biasanya ia dibuat dengan susu pekat dan cair, tapi kami terjumpa cara membuat Puding Roti Karamel oleh Zainab Zaid di Facebook tanpa menggunakan susu cair. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Puding Roti Kastard Bergedik, Nikmatnya Terasa Sampai Ke Tekak
RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

Bahan-bahan:
- 5 biji telur gred A
- 1 cawan susu pekat (tak kisah jenama apa)
- 1 cawan air
- 3 keping roti (tak kisah jenama apa asalkan roti keping)
- Sedikit esen vanilla
- Sedikit garam
- 4 sudu gula
- Sedikit pewarna kuning
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, kisar telur, susu pekat, air, roti, esen vanilla, garam dan pewarna kuning sampai gebu.
2. Bagi menyediakan karamelnya pula, guna 4 sudu gula dicairkan dalam loyang.
3. Selepas itu, biarkan karamel itu mengeras dalam loyang terlebih dahulu.
4. Kemudian, baru boleh tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang yang berisi karamel.
5. Akhir sekali, kukus selama 45 minit. Siap untuk dinikmati!

Nampak betapa mudahnya resepi Puding Roti Karamel ini tanpa jalan kerja yang renyah. Malahan, hasilnya yang lembut dan cair di mulut mampu memikat selera.
Selamat mencuba!
Kredit gambar muka depan: Zainab Zaid, Mizah Ngatiman dari Facebook
Sumber: Zainab Zaid
Baca juga: Resepi Puding Karamel Simple Tanpa Bau Telur, Hasil Selembut Sutera
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














