Categories: Resipi

Puding Koktel Sos Kastard Dalam Acuan Lompang, Comel-Comel Kejadiannya!

Mari cuba resipi Puding Koktel Sos Kastard ini. Ia terlihat comel apabila disediakan dalam acuan yang kecil. Puding merupakan salah satu hidangan penutup yang sering disajikan kepada orang ramai.

Asalnya, hidangan ini menjadi popular di negara-negara berbahasa Inggeris sebagai hidangan klasik untuk perayaan seperti Krismas. Tetapi, evolusi zaman telah membolehkan resipi puding diubahsuai mengikut kreativiti individu.

Baca juga: Puding Lapis Mangga Style Mr. Ali, Memang Nikmat Makan Sejuk-sejuk!

Boleh mencuba versi puding koktel dalam acuan lompang. Ia mudah dimakan dan mempunyai rupa yang sangat comel. Ikuti resepi yang dikongsi oleh Erniey Yusnita ini.

RESIPI PUDING KOKTEL SOS KASTARD

Bahan-bahan puding:

  • 4 cawan air
  • 15g agar-agar tali
  • 1 kotak besar susu full cream
  • 3/4 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 tin besar koktel buah-buahan
  • Sedikit garam
  • Sedikit esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung kastard (bancuhkan dengan 2/4 cawan air)

Cara membuat puding:

1. Campurkan 4 cawan air dan agar-agar tali dalam periuk, biarkan hingga agar-agar tali benar-benar larut.

2. Masukkan susu full cream, gula, susu pekat, dan sedikit garam ke dalam periuk. Gaul rata dan panaskan dengan api sederhana hingga mendidih.

3. Setelah campuran mendidih, masukkan koktel buah-buahan (dengan airnya) dan esen vanilla. Gaul rata.

4. Dalam bekas yang berasingan, bancuh tepung kastard dengan 2/4 cawan air sehingga menjadi larutan kastard.

5. Masukkan larutan kastard ke dalam campuran puding, aduk rata, dan teruskan memasak sehingga mendidih dan pekat.

6. Ketepikan untuk buat sos kastard pula. 

Bahan-bahan sos kastard:

  • 4 cawan air
  • 1 kotak besar susu full cream
  • 3 sudu besar gula
  • 2/4 cawan susu pekat
  • Sedikit garam
  • 8 sudu besar tepung kastard

Cara membuat sos kastard:

1. Campurkan empat cawan air, susu full cream, gula, susu pekat, dan sedikit garam dalam periuk. Gaul rata.

2. Dalam bekas yang berasingan, bancuh tepung kastard dengan sedikit air sehingga menjadi larutan kastard.

3. Masukkan larutan kastard ke dalam campuran susu dan aduk rata.

4. Panaskan campuran dengan api sederhana sambil terus diaduk hingga sos kastard menjadi pekat dan mendidih.

5. Setelah mendidih, angkat dari api dan campurkan bersama puding koktel tadi  sebelum dimasukkan dalam acuan lompang.

6. Biarkan sejuk hingga puding mengeras.

Cara menghidang: Keluarkan puding koktel yang telah mengeras ke dalam bekas. Letakkan ia di atas pinggan sajian. Sedia untuk dinikmati. 

Selamat mencuba.

Sumber: Erniey Yusnita

Baca juga: Cara Buat Puding Pisang Pandan, Mesti Laju Je Habis Bila Hidang Nanti

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Kek Pisang ‘Moist’ Versi Bakar, Resipi Mudah Guna Sukatan Cawan

Entri kali ini, MyResipi ingin berkongsikan resepi kek pisang bakar yang tak jemu dimakan dan…

1 day ago

6 Resipi Sarapan Bayi, Sesuai Untuk Ibu Yang Bekerja

Ibu-ibu di luar sana pasti ada masa tidak sempat untuk memikirkan resipi sarapan pagi untuk…

1 day ago

Ayam Goreng Ala Mamak, Tips Rasa Sebijik Macam Di Kedai!

Kalau singgah mamak, tak sah kalau tak ambil ayam goreng berempah kan? Ayam goreng ala…

1 day ago

Guna Minyak Atau Air? Ini Tip Bawang Kisar Tahan Lama & Tak Cepat Berkulat

Stok bawang kisar wajib ada di kebanyakan rumah kerana ia sangat memudahkan proses memasak. Namun…

2 days ago

Cara Buat Tomyam Merah Tanpa Guna Pes, Tetap Sedap Kaw Kaw!

Setiap kali masak tomyam, biasanya guna pes segera kan? Kali ini apa kata jom cuba…

2 days ago

Resipi Pau Hipster, Memang Kena Dengan Tekak Melayu!

Kalau sebut sahaja burger Malaysia, jaranglah orang tak tahu lebih-lebih lagi masyarakat tempatan. Sesetengah ada…

2 days ago