Entri kali ini, MyResipi ingin berkongsikan resepi kek pisang bakar yang tak jemu dimakan dan tak lapuk dek zaman. Sekali makan pasti nak lagi!
Cara penyediaan kek pisang ini sebenarnya sangat mudah. Hanya perlu menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di dapur.
Untuk adunannya pula, jika tiada mixer, boleh guna pengisar sahaja. Hasilnya, kek menjadi sangat lembut, gebu dan pasti memuaskan hati. Jom cuba!
Baca juga: Kek Lapis Masam Manis Versi Kukus, Resipi Mudah Dan Tak Guna Banyak Bahan
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Mula-mula panaskan oven. Sambil itu kupas kulit pisang dan letak ke dalam mangkuk.
2. Taburkan sedikit garam ke atas pisang. Lecekkan sehingga pisang betul-betul halus.
3. Dalam mixer bowl, masukkan semua telur serta minyak dan gula.
4. Pukul sehingga gula hancur dan adunan menjadi kental. Pukul selama lebih kurang 5 minit.
5. Kemudian, masukkan pisang yang sudah dilecek tadi. Putar lagi sehingga bercampur rata.
6. Seterusnya masukkan 3 cawan tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Pastikan semua bahan kering ini diayak terlebih dahulu.
7. Kemudian, kaup balikkan adunan sehingga sebati menggunakan spatula. Masukkan beberapa titik esen vanilla. Gaul sebati.
8. Sediakan loyang dan alaskan dengan kertas minyak. Pastikan oles sedikit permukaan loyang dengan mentega cair atau minyak.
9. Tuangkan adunan dalam loyang. Kemudian hentakkan sedikit supaya udara yang terperangkap dalam adunan keluar. Bagi mengelakkan kek berlubang-lubang bila dah masak nanti.
10. Bakar kek pisang pada suhu 170°C selama 60 minit menggunakan api atas bawah. Ini bergantung pada oven masing-masing. Sentiasa cek keadaan kek menggunakan cake tester/kayu uji kek.
11. Inilah dia kek yangtelah siap dibakar. Sejukkan sebentar sebelum keluarkan dari loyang. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Stella
Baca juga: Resipi Kek Kelapa Cara Orang Lama, Bau Harum Semerbak Satu Rumah
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…
Biasa makan tomyam ayam atau tomyam seafood? Apa kata kali ini cuba pula resepi ikan…
Kuih lompang sukatan cawan antara resipi kuih tradisional yang mudah dibuat sendiri di rumah. Rasanya…
Resepi kek pisang mudah ini mempunyai kelainan tersendiri dengan penggunaan mentega perang atau brown butter…
Biasanya, ramai yang menggunakan serbuk kunyit sebagai bahan utama ketika menyediakan ayam goreng. Namun, ayam…