Categories: Resipi

Cara Buat Tomyam Merah Tanpa Guna Pes, Tetap Sedap Kaw Kaw!

Setiap kali masak tomyam, biasanya guna pes segera kan? Kali ini apa kata jom cuba resepi tomyam simple tanpa guna pes.

Selepas ini, jangan risau kalau stok pes tomyam di rumah sudah habis. Anda boleh masak menggunakan resipi perkongsian oleh Nurul Husna Mohamed Daud ini.

Oleh itu, jom kita lihat apakah bahan yang diperlukan serta cara penyediaan yang lengkap di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Guna Pes Segera, Dijamin Hirup Kuah Sampai Licin!

RESEPI TOMYAM SIMPLE TANPA PES

Bahan-bahan:

– Minyak untuk menumis
– Bawang holland atau bawang merah
– Bawang putih
– Cili giling
– Seketul nisan
– Sedikit belacan (jika suka)
– Lada pedas (ikut cita rasa)
– Tomato
– Serai
– Sedikit halia
– Sedikit lengkuas
– Daun limau purut (buang tulang daun di tengah)
– Limau nipis
– Carrot atau sayur2 lain
– Daun ketumbar (jika ada)
– Udang @ ayam @ sotong atau segala lauk yang sesuai dibuat tomyam

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bawang holland, bawang putih, halia, lengkuas dan lada pedas yang sudah diketuk. Biarkan sehingga naik naik bau.

2. Bila nak elok naik bau, masukkan cili giling, sedikit serai dan sedikit daun limau purut. Bakinya dimasukkan pada akhir sekali bersama dengan udang. Letakkan juga nisan dan belacan.

3. Jika sudah cantik naik minyak, masukkan tomato. Boleh juga diletakkan pada awal masakan, bergantung pada selera masing-masing.

4. Seterusnya, masukkan air dan biarkan sehingga mendidih. Kemudian, boleh masukkan semua jenis sayur dan udang. Kalau guna ayam, masukkan bersama tomato pada awal tadi.

5. Akhir sekali, perasakan dengan kicap sotong dan garam. Masukkan baki serai dan daun limau purut tadi.

6. Akhir sekali, masukkan juga daun ketumbar dan air limau nipis. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nurul Husna Mohamed Daud

Baca juga: Cara Buat Pes Tomyam Homemade Kaw, Boleh Guna Untuk Aneka Masakan Lain Juga!

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

47 mins ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

3 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

4 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

7 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

7 hours ago