Categories: Resipi

Resipi Puding Kastard Jagung ‘Gedik’ & Lemak Manis, Senang Saja Nak Buat!

Puding Kastard Jagung salah satu pencuci mulut yang mudah disediakan dan digemari ramai. Teksturnya yang lembut dengan rasa lemak manis sesuai dinikmati ketika sejuk.

Bahan-bahan yang digunakan mudah didapati dan cara penyediaannya juga ringkas serta tidak mengambil masa yang lama.

Resipi yang dikongsi oleh Mariana Zainal ini pasti menarik minat anda. Sukatan bahannya jelas dan cara penyediaannya pun mudah, jadi sesiapa sahaja boleh cuba walaupun baru mula belajar memasak.

Baca juga: Resipi Puding Laici Berkuah, Nikmat Sungguh Makan Sejuk-Sejuk Waktu Berbuka!

RESEPI PUDING KASTARD JAGUNG

Bahan-bahan:

  • 1 tin jagung creamy (beli yang creamy, pastikan baca label pada tin)
  • 300 gram tepung kastard
  • 1 kotak kecil santan
  • 1800ml air (9 cawan)
  • 200 gram gula (1 cawan)
  • 250 gram susu pekat manis (1 cawan)
  • 3 gram garam (1 sudu teh)
  • Pewarna kuning lemon (jika perlu, kalau guna custard Bird tak perlu tambah pewarna)

Cara-cara:

  1. Sediakan loyang. Basahkan loyang dengan sedikit air, kemudian buang airnya dan lapik dengan plastik dalam loyang (boleh guna bekas tupperware, senang nak makan).
  2. Satukan semua bahan dalam satu bekas, kacau hingga larut.
  3. Masak adunan di atas api sederhana perlahan, sentiasa kacau menggunakan whisk (jangan tinggalkan. Memang lenguh sikit-sikit itu biasa).
  4. Apabila adunan sudah berkilat dan mula meletup-letup, boleh tutup api.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang atau bekas tupperware, biarkan sejuk.
  6. Setelah sejuk, boleh dipotong mengikut citarasa. Sedap juga jika dimakan sejuk (boleh simpan dalam peti sejuk).

Sumber: Mariana Zainal

Baca juga: Resipi Puding Karamel Yang Lembut & Sedap Tanpa Bau Telur, Ini Rahsianya!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

6 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

6 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

7 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

7 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

8 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

8 hours ago