puding karamel cheese

Kalau anda merupakan peminat dessert manis dan berkrim, wajib cuba resipi puding karamel cheese ini. Kalau biasa buat puding karamel biasa, jom cuba versi dengan keju pula.

Gabungan karamel manis dan keju yang lemak berkrim membuatkan puding ini digemari semua orang tak kira usia.

Baca juga: Resipi Puding Gula Melaka, Tak Letak Telur Tapi Teksturnya Tetap Berlemak & Kurang Muak

RESIPI PUDING KARAMEL CHEESE

puding karamel cheese

Bahan-bahan karamel:

Bahan-bahan puding:

  • 10 biji telur gred A
  • 1 cawan gula putih (boleh kurangkan ikut citarasa)
  • 1 tin susu cair
  • ½ cawan whipping cream (dairy)
  • ½ cawan air masak
  • 250g cream cheese (pastikan pada suhu bilik)
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • ½ sudu teh garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan gula dan air dalam periuk kecil.
  2. Masak dengan api sederhana tanpa dikacau sehingga gula cair dan berwarna perang keemasan. Jangan masak terlalu lama, nanti karamel jadi pahit.
  3. Tutup api dan tuang karamel ke dalam loyang bersaiz 8 inci.
  4. Pukul cream cheese hingga lembut, kemudian masukkan gula dan kacau sebati.
  5. Masukkan telur, kacau lagi hingga rata.
  6. Tambahkan susu cair, air masak dan whipping cream. Gaul sebati.
  7. Masukkan esen vanilla dan garam, kacau rata.
  8. Buang buih-buih yang ada supaya puding lebih halus.
  9. Tuang adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel. Wajib tapiskan untuk hasil puding yang licin.
  10. Bakar dengan kaedah waterbath selama 1 jam 20 minit pada suhu 160°C (api atas bawah).
  11. Jika nak kukus, pastikan api perlahan supaya puding tak berongga. Suhu boleh disesuaikan mengikut oven masing-masing.
  12. Biarkan puding sejuk selama 24 jam untuk tekstur cantik.
  13. Rendam loyang sebentar dalam air panas sebelum mengeluarkan puding.
  14. Potong dan sedia untuk dinikmati.

Sumber: Hidayah Yaya

Baca juga: Resipi Puding Roti Sos Kastard Lembut & Berkrim, Sekali Suap Terus Jatuh Cinta!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN