puding roti sos kastard

Kalau ada roti lebih di rumah, jangan biarkan sampai keras atau berkulat. Apa kata cuba resipi puding roti sos kastard yang dikongsikan oleh Puan Nasuha Saiful di bawah.

Resipi ini senang saja dan tak guna banyak bahan, tapi hasilnya sangat sedap. Sesuai dijadikan pencuci mulut untuk seisi keluarga atau hidangan minum petang.

Baca juga: Resipi Kek Pisang Tanpa Telur, Teksturnya Tetap Moist & Tak Kering Langsung!

RESEPI PUDING ROTI SOS KASTARD

puding roti sos kastard

Bahan-bahan:

  • 7 keping roti (dipotong kiub/petak)
  • 1 biji telur*
  • 1 ½ cawan susu segar*
  • 4 sudu besar gula*
  • 1 penutup esen vanila*
  • Secubit garam*
  • 1 sudu besar marjerin/mentega*
  • Hiasan: coklat cip, kismis, ceri atau hirisan badam

*Bahan bertanda bintang dikisar bersama.

Cara-cara:

  1. Sapukan marjerin pada sekeliling loyang.
  2. Susun roti yang telah dipotong.
  3. Kisar semua bahan bertanda * dan tuangkan ke atas roti.
  4. Tekan-tekan sedikit roti supaya adunan meresap sepenuhnya.
  5. Taburkan bahan hiasan pilihan.
  6. Bakar pada suhu 160°C selama lebih kurang 35 minit.

Resipi sos kastard:

  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 ½ cawan susu segar
  • 3 sudu besar gula (boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa)

Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Masak atas api sederhana hingga mendidih dan sedikit pekat.
  3. Tuangkan ke atas puding roti yang siap dibakar.

Sumber: Nasuha Saiful

Baca juga: Resipi Puding Karamel Tanpa Telur, Tak Perlu Kukus Tapi Hasilnya Memang Lembut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN