Menyambut Hari Raya, tidak lengkap rasanya tanpa hidangan kuih tradisional yang lazat. Salah satu pilihan yang semakin popular adalah Popia Nestum.
Dengan rasa yang rangup dan manis, ia pasti menjadi kegemaran ramai. Mari kita lihat cara penyediaan untuk membuat popia ini sebagai hidangan kuih Raya di rumah. Hanya menggunakan empat bahan saja. Mudah dan ringkas.
Baca juga: Kenali Jenis Kuih Raya Lama, Memang ‘Lejen’ Dan Jarang Dapat Jumpa
Popia Nestum. Mudah sahaja untuk membuatnya tetapi memerlukan kesabaran. Dulu selepas habis belajar, saya membuat dan menjual popia nestum ini. Kali ini istimewanya, saya menggunakan susu kambing jenama Wildan.
Bahan-bahan:
Nota: Untuk adunan, saya menggunakan sedikit tepung ubi yang dicampur dengan air panas.. Anda juga boleh menggunakan tepung gandum dicampur dengan air.
Cara seperti yang ditunjukkan dalam video:
Video penuh:
@yatulhakim Popia Nestum.. Mudah je nak buat tapi perlukan kesabaran ..🥰dulu masa lpas hbis study buat jual popia nestum ni.. Dan kali ni special mengguna susu kambing dari @wildansusukambing_hq Bahan: 💐 1/2 paket kulit popia 💐 1/2 cawan nestum 💐 1/4 cawan gula icing 💐 1/4 cawan susu kambing @wildansusukambing_hq 🌹Untuk gam sy pakai sedikit tepung ubi bancuh dengan air panas.. nak guna tepung gandum campur air pun boleh.. Cara seperti di video🎥 🧷 Gulung longgar supaya lebih rangup tak keras 🧷 Goreng dalam minyak yang telah panas tapi api sederhana 🧷 Angkat sebelum keperangan sebab dia akan smbung proses masak di luar 🧷 Toskan dahulu sebelum gaul dengan campuran nestum 🧷 seeloknya biarkan dalam bekas kedap udara alas dengan tisu seharian sbelum gaul dengan nestum..supaya kurang berminyak.. . Selamat mencuba 🥰 . #popianestumrangup #raya2023 #susuwildan #wildan #yatulmasak #yatulhakim #masakcarayatul #dapuryatul #resepimudah #vlogcooking #cookingrecipes #simplerecipes #resepicarayatul #masakmakansendiri
Selamat mencuba!
Baca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap
Sumber: TikTok Yatul Hakim
Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…
Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…
Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…
Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…
Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…
Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…