Categories: Resipi

Pisang Butter Sos Kastard, Idea Pencuci Mulut Yang Buat Ramai Ketagih

Banyak pencuci mulut menggunakan pisang sebagai bahan utamanya dan salah satunya adalah resipi Pisang Butter Sos Kastard yang sedap.

Antara pencuci mulut berasaskan pisang yang disukai ramai ialah kek pisang, puding pisang, pengat pisang, aiskrim pisang dan banyak lagi.

Sesetengah orang lebih suka buat pisang goreng, tapi sekali-sekala pasti anda nak sesuatu hidangan lain dari yang lain untuk dinikmati bersama keluarga di rumah.

Tambahan pula jika mempunyai anak yang cukup cerewet bab makan, memang pening kepala mak-mak dibuatnya.

Tak dinafikan ramai yang suka makan kuih goreng pada waktu petang, tapi pencuci mulut juga tak kalah hebatnya di hati sesetengah orang.

Kali ini kami kongsikan resipi Pisang Butter Sos Kastard oleh Fatien Zaini yang mendapat perhatian ramai di di Facebook. Jom cuba buat di rumah!

Baca juga: Nak Resipi Cekodok Pisang Tanpa Gagal, Pakai Pisang Jenis ‘Ini’

RESIPI PISANG BUTTER SOS KASTARD

Bahan-bahan:

  • Pisang
  • Butter
  • 1 tin susu cair
  • ½ tin air
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar gula (ikut kemanisan yang anda nak)
  • 1 biji kuning telur
  • Mixed fruit
  • 1 daun pandan

Cara-cara:

1. Cairkan sedikit butter di dalam kuali non-stick dan gorengkan pisang sehingga kekuningan.

2. Campurkan susu cair, air, tepung kastard, gula, kuning telur dan kacau sebati.

3. Masukkan daun pandan dan masak sehingga kuah menjadi pekat.

4. Biarkan kuah suam barulah letak atas pisang tadi dan tabur mixed fruit.

Resipi Pisang Butter Sos Kastard ini sangat disukai ramai kerana sedapnya yang luar biasa bersama kuah pekat dan likat yang pastinya cair di mulut.

Anda juga boleh gunakan resipi ini sebagai idea pencuci mulut untuk hidangkan kepada tetamu yang semestinya mereka akan makan sampai piring licin.

Minum petang yang ringkas bersama pencuci mulut yang sedap seperti ini semestinya menjadi pilihan ramai terutamanya mak-mak.

Selamat mencuba!

Sumber: Fatien Zaini

Baca juga: Cara Buat Pisang Goreng Tanpa Serap Minyak, Rangup Sampai Petang

Aimi

Recent Posts

Jenis-Jenis Telur Ayam Popular Di Malaysia, Yang ‘Last’ Tu Selalu Pakai Buat Masak!

Ramai yang gunakan telur dalam masakan harian dan boleh dikatakan ia antara bahan yang wajib…

7 hours ago

Kek Coklat Moist Sedap Sukatan Cawan, Resipi Ini Serius Tangkap Leleh!

Setiap kali dapat makan Kek Coklat Moist sedap, mesti rasa nikmat yang tak terhingga. Kali…

7 hours ago

Putu Belanda Terlajak Lembut, Wanita Ini Dapat Resipi Dari Kawan Indonesia

Sekali-sekala nak buat hidangan pencuci mulut yang menarik dari negara seberang, jadi kami cadangkan anda…

7 hours ago

Resepi Nasi Goreng Cina Buat Ramai Ketagih, Cuba Sekali Mesti Nak Lagi

Apabila lihat banyak lebihan nasi, terus terlintas nak buat nasi goreng di rumah. Jika begitu,…

10 hours ago

Popia Goreng Pedas Manis, Rangupnya Boleh Tahan Sampai Ke Petang

Antara resipi popia yang menjadi kesukaan ramai sehingga sekarang semestinya Popia Goreng pedas manis. Jangan…

12 hours ago

Tips Beli Buah Dengan Harga Lebih Murah, Boleh Elak Terlajak Belanja Dapur!

Buah-buahan adalah antara barang dapur yang sering dibeli kerana khasiatnya yang bagus untuk badan. Kali…

1 day ago