Diabetes merupakan penyakit yang amat digeruni semua orang. Setiap pesakit kencing manis wajib tahu petua turunkan paras gula dalam darah supaya tidak berlaku sebarang komplikasi yang serius.
Kandungan gula dalam darah yang tinggi juga boleh merosakkan lapisan saluran darah. Jika keadaan itu terus berterusan, ia boleh menyebabkan beberapa penyakit degeneratif yang biasanya seiring dengan proses penuaan.
Pesakit kencing manis bukan sahaja perlu memakan ubat yang diberi oleh doktor malah mereka juga perlu memantau cara pemakanan. Elakkan semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya, kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.
Baca juga: 7 Jenis Sayur Paling Banyak Khasiat, Baru ‘Balance’ Diet Harian!
Selain itu, pesakit kencing manis juga boleh mengamalkan minuman campuran 3 bahan yang berasaskan bahan-bahan semula jadi ini.
Resipi air ini merupakan hasil perkongsian oleh Nur Hidayah Sulaiman. Menurutnya, air ini juga telah diamalkan oleh ibunya dan ternyata berkesan dalam membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
Untuk mengetahui cara-cara penyediaan air tersebut, jom ikuti perkongsian lengkap olehnya di bawah.
PETUA TURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH
Nak share petua turunkan kadar gula dalam darah. Ini saya buat untuk mak saya.
Sebelum ini belas-belas bacaan kencing manisnya. Pernah sampai tiada bacaan.
Sekarang Alhamdulillah, bawah puluh-puluh dah. Kadang-kadang lepas juga atas sepuluh, tengok atas cara pemakanan.
Yang penting, makan kena jaga tau. Makan lah ubat macam mana sekalipun, kalau tak jaga makan boleh beri kesan sampai ke saraf.
Sekarang nak mula stabil dah. Ok, ini caranya…
Cara-caranya:
1. Ambil sebiji peria katak, buangkan bijinya dan belahkan. Potongkan juga 1/2 epal hijau serta 1/2 kentang yang sudah dibuang kulit.
2. Kisar 3 bahan tadi menggunakan pengisar buah. Jika tiada, kisar guna pengisar biasa dan tapiskan.
3. Minum 3 hari sehari selepas makan petang. Semoga bermanfaat!
Sumber: Nur Hidayah Sulaiman
Baca juga: Bukan Hanya Sedap, Sebiji Kurma Mempunyai 12 Khasiat Yang Ramai Tak Tahu