cara simpan kicap

Kalau anda selalu guna kicap dan sos botol dalam masakan harian, penting untuk tahu cara simpan kicap dan sos botol yang betul supaya ia kekal sedap serta tahan lama.

Ramai yang tak perasan, penutup botol kicap atau sos yang kerap digunakan boleh jadi berkulat atau melekit kalau tak dijaga elok.

Masalah ini bukan saja nampak kotor, tapi juga boleh jejaskan rasa dan kebersihan makanan. Selain itu, kicap atau sos juga akan cepat basi walaupun baru beberapa minggu dibuka.

Oleh itu, jom kami kongsikan beberapa petua mudah dan praktikal untuk simpan kicap dan sos dalam botol supaya tak cepat rosak atau berkulat di penutup. Tak susah pun, tapi ramai yang terlepas pandang!

Baca juga: 5 Cara Simpan Susu Cair Setelah Dibuka, Tak Cepat Rosak & Tahan 3 Bulan!

CARA SIMPAN KICAP & SOS DALAM BOTOL SUPAYA TAK BERKULAT DI PENUTUP

cara simpan kicap

1. Bersihkan Penutup Selepas Digunakan

Setiap kali selepas guna, lap penutup dan muncung botol dengan kain bersih atau tisu basah. Ini untuk elakkan sisa kicap atau sos terkumpul dan menggalakkan pertumbuhan kulat.

2. Guna Sudu Bersih, Jangan Tuang Terus ke Kuali Panas

Elakkan tuang terus dari botol ke dalam kuali panas, sebab wap panas boleh masuk semula ke dalam botol dan menyebabkan sos cepat rosak. Lebih baik ceduk guna sudu bersih.

3. Simpan di Tempat Sejuk & Kering

Walaupun tak wajib simpan dalam peti ais, tapi kalau cuaca panas atau dapur jenis lembap, lebih baik simpan kicap dan sos dalam peti sejuk selepas dibuka. Ini boleh bantu tahan lebih lama.

4. Guna Penutup Botol Ganti (Jika Perlu)

Kalau penutup asal dah rosak, pecah atau tak boleh ditutup rapat, lebih baik tukar dengan penutup baru. Botol yang tak kedap udara mudah buat kandungan cepat basi atau berkulat.

5. Elak Simpan Berhampiran Dapur atau Sumber Panas

Jangan letak botol sos dekat tempat memasak, sebab haba panas boleh jejaskan kualiti kicap atau sos. Simpan di rak yang teduh atau dalam kabinet tertutup.

Sumber: Nur Aryssa

Baca juga: 3 Barang Dapur Yang Boleh Jadi Pewangi Peti Sejuk, Hilang Semua Bau Busuk!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN