bubur biji gandum

Bubur biji gandum berjagung ialah pencuci mulut tradisional Malaysia yang manis berkrim dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Ia diperbuat daripada biji gandum yang direbus sehingga empuk bersama santan, gula melaka, daun pandan, dan beberapa bahan lain.

Mungkin ada yang pertama kali mendengar nama pencuci mulut ini, kan? Jika anda ingin mencubanya, boleh lihat resipi yang dikongsikan oleh Puan Raja Maheran Raja Mahmud di bawah.

Baca juga: Rahsia Buat Bubur Kacang Hijau Yang Wangi & Sedap, Kena ‘Sangai’ Sebelum Rebus

RESIPI BUBUR BIJI GANDUM BERJAGUNG

bubur biji gandum

Bahan-bahan:

  • 1 cawan biji gandum
  • 1 tin jagung
  • 1 kotak santan
  • 1/2 cawan gula merah (bungkusan hijau)
  • 1/2 cawan gula perang
  • 700 ml air masak
  • 1 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan (disimpul)

Cara-cara penyediaan:

  1. Basuh biji gandum sehingga bersih, kemudian rendam selama 30 minit. Toskan air rendaman dan rebus biji gandum dengan air secukupnya sehingga biji gandum kembang (lebih kurang 40 minit). Toskan air rebusan.
  2. Masukkan biji gandum ke dalam periuk, kemudian tambah jagung, gula merah, gula perang, garam, daun pandan, santan dan 700 ml air masak.
  3. Masak di atas dapur sambil dikacau sehingga mendidih. Bubur siap dihidang.

Nota:

  • Kemanisan dan kepekatan kuah boleh disesuaikan mengikut selera.
  • Bubur ini sedap dinikmati sama ada panas atau sejuk.

Sumber: Raja Maheran Raja Mahmud

Baca juga: Resipi Bubur Puteri Mandi Labu, Lemak Manis & Wangi Buah Segar Buat Tak Cukup Semangkuk!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN