asam pedas ikan kembung

Setiap masakan ada kenangan tersendiri, samalah seperti Asam Pedas Ikan Kembung Lemak ini. Walaupun tanpa santan, tekstur kuahnya tetap kaya dengan rasa berlemak.

Asam Pedas adalah masakan tradisional Melayu yang sangat popular di Malaysia, Singapura dan Indonesia, terutama di negeri-negeri seperti Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan kawasan Sumatera.

Perkongsian resipi Asam Pedas Ikan Kembung Lemak oleh Nazz Mernas di Facebook cukup menyentuh jiwa kerana ia merupakan lauk kegemaran arwah ayahnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Pes Asam Pedas Yang Pekat ‘Kaw’, Bila Nak Masak Boleh Terus Guna

RESIPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG LEMAK

asam pedas ikan kembung

Bahan-bahan kisar:

Bahan-bahan lain:

  • Ikan kembung
  • Minyak untuk menumis
  • Air asam jawa
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Garam secukup rasa
  • Perasa tambahan (jika suka)

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumis bahan kisar tadi sampai pecah minyak.

2. Bahagian ini paling penting, tumis biar sabar, sampai naik bau dan warna minyak bertukar sedikit merah gelap.

3. Masukkan air asam jawa bersama sedikit air tambahan. Kacau rata dan biarkan ia mendidih seketika.

4. Setelah mendidih, masukkan ikan kembung, bunga kantan dan daun kesum. Biarkan ia masak atas api sederhana, jangan terlalu kuat supaya ikan tak hancur.

5. Akhir sekali, perasakan dengan garam. Kalau nak tambah sedikit perasa pun boleh, ikut selera masing-masing.

Selamat mencuba!

Sumber: Nazz Mernas

Baca juga: Asam Pedas Ayam Johor, Ada Rahsia Kuah Pekat Kaw Dan Lebih Cantik

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN