petua rebus telur

Jom cuba petua rebus telur ini supaya telur mudah untuk dikupas. Permukaan telur juga cantik sempurna tanpa cacat cela.

Kalau telur rebus cantik macam ni baru puas hati kan? Telur juga cantik terhidang di atas meja. Keluarga pasti puji hasil telur rebus anda.

Jom sama-sama ihat tips di bawah untuk anda yang masih belum berjaya dapatkan telur rebus yang cantik dan tidak retak ketika direbus.

Baca juga: 3 Tips Pilih Ketam Isi Penuh & Banyak Telur, Baru Puas Hati Makan

Petua Rebus Telur Supaya Mudah Untuk Dikupas & Cantik

Cara-cara:

1. Basuh telur dengan bersih dan masukkan ke dalam periuk. Tambahkan juga air. Tak perlu tunggu air mendidih, terus masukkan telur.

2. Masukkan 1 sudu garam dan 1 sudu minyak masak.

tips rebus telur

3. Rebus lebih kurang dalam 10 hingga 15 minit sehingga air menggelegak.

4. Kemudian rendam dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus dikupas.

Info tambahan: Jika telur retak sewaktu proses merebus, ia masih selamat untuk dimakan. Tetapi elak memakannya jika ia retak sebelum direbus, buang terus telur berkenaan kerana ia biasanya sudah dijangkiti dengan bakteria. Jika direbus sekalipun, ia boleh membahayakan kesihatan.

Kredit: Waheeda Basiron

Baca juga: Banyak Risiko Makan Telur Rosak, Kenali 7 Tanda Ini Yang Wajib ‘Alert’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN