petua rebus jantung pisang

Ramai yang suka makan jantung pisang, tapi tak semua tahu petua rebus jantung pisang supaya tak hitam dan kekal lembut bila dimasak. Kalau tersilap cara, ia boleh jadi pahit, liat dan warnanya pun tak cantik.

Jantung pisang ini boleh dimasak pelbagai menu yang menarik. Dari dijadikan ulam, sambal tumis, kerabu, gulai lemak sampailah ke rendang.

Tapi sebelum masak apa pun, langkah paling penting adalah cara merebusnya. Inilah bahagian yang ramai terlepas pandang dan akhirnya buat hidangan menjadi kurang sedap.

Petua ini sebenarnya tak susah pun. Cuma kena tahu apa yang tak patut dibuat sebelum masuk ke dalam air mendidih.

Kalau ikut cara ini, hasilnya memang elok kerana tak berbirat, tak hitam dan putih selepas siap direbus.

Baca juga: Petua Cuci Ikan Keli Supaya Hilang Hanyir & Lendir, Baru Berani Goreng Sebab Tak Meletup!

PETUA REBUS JANTUNG PISANG SUPAYA TAK HITAM

petua rebus jantung pisang

Berikut merupakan cara-caranya:

  1. Mula-mula, buang kulit luar jantung pisang dan masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Tambahkan sedikit garam supaya rasanya lebih sedap dan tidak pahit.
  2. Rebus hingga jantung pisang lembut. Nak tahu dah cukup lembut atau belum, boleh cucuk dengan garfu. Bila dah empuk, angkat dan toskan airnya. Lepas itu barulah dibelah atau dihiris ikut kegunaan masakan.
  3. Jangan potong jantung pisang sebelum direbus, sebab getah dari jantung pisang boleh menyebabkan ia bertukar warna jadi birat dan hitam.

Dengan cara ni, jantung pisang akan kekal cantik, lembut dan sedia dimasak dalam pelbagai hidangan seperti ulam, kerabu, gulai lemak dan sebagainya.

Sumber: Watie Hazree

Baca juga: Tip Tanam Kesum Dalam Balang, Tak Sangka Tetap Boleh Hidup Subur & Merimbun!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN