pokok kesum

Daun kesum sering digunakan dalam masakan dari laksa sampailah ke asam pedas kerana aromanya yang harum. Oleh sebab itu, ramai yang suka tanam pokok kesum sendiri di rumah.

Masalahnya, ada juga yang mengadu pokok kesum susah nak hidup subur, akar lambat keluar dan pucuk pun tak merimbun. Kadangkala sudah semai, baru nak naik elok, tiba-tiba layu pula.

Sebenarnya, ada petua mudah oleh Noridah Tahir di Facebook yang boleh bantu pokok kesum cepat berakar dan tumbuh subur iaitu guna air bawang merah. Jom kami ajar caranya!

Baca juga: Cara Tanam Kunyit Guna Tisu Basah Yang Mudah, Hasil Pun Puas Hati

PETUA POKOK KESUM MERIMBUN GUNA AIR BAWANG

pokok kesum

Bahan-bahan air bawang:

  • 5 biji bawang merah (dengan kulit sekali)
  • Sedikit air paip
  • 1½ liter air paip

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar bawang merah bersama kulit dengan sedikit air.

2. Kemudian, tapis dan ambil air bawang saja.

3. Selepas itu, campurkan dengan 1½ liter air paip.

4. Akhir sekali, peram 1 hingga 2 hari sebelum digunakan.

Cara-cara guna:

1. Mula-mula, campur air bawang tadi dengan air paip pada nisbah 1:5.

2. Kemudian, boleh siram pada pokok untuk bantu keluarkan banyak akar.

3. Boleh juga sembur pada pokok untuk galakkan pertumbuhan pucuk.

pokok kesum

Hanya dengan bahan dapur yang selalu ada, pokok kesum bukan saja lebih mudah hidup, malah daunnya juga boleh jadi rimbun.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Noridah Tahir

Baca juga: 9 Sayur Mudah Ditanam Di Rumah, Tak Perlu Tanah Yang Banyak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN