resepi kulit karipap rangup

Kalau tengah cari resepi kulit karipap rangup, inilah resipi yang patut dicuba. Kulit karipap yang nipis, garing dan kekal rangup berjam-jam memang jadi pilihan ramai. Tak kira untuk makan sendiri atau dijadikan jualan.

Ramai ingat nak buat kulit karipap yang sedap kena campur macam-macam jenis tepung. Tapi sebenarnya boleh guna tepung gandum sahaja, tanpa perlu campur bahan lain pun. Hasilnya bukan saja senang dibentuk, malah teksturnya rangup dan ringan bila dimakan.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan langkah demi langkah cara buat kulit karipap yang confirm jadi. Sesuai untuk yang baru belajar buat sendiri di rumah ataupun nak buat dalam kuantiti banyak.

Baca juga: Tips Buat Karipap Sardin Berjerawat & Rangup, Bila Makan Tak Cukup Satu!

RESEPI KULIT KARIPAP RANGUP

resepi kulit karipap rangup

Bahan-bahan kulit karipap:

  • 1 kg tepung gandum*
  • 2 sudu kecil garam*
  • ½ cawan minyak masak
  • 3 sudu besar marjerin
  • 400 ml air

Tak perlu campur tepung lain pun. Guna tepung gandum sahaja dah cukup untuk hasil kulit karipap yang rangup, lembut masa dicanai dan senang dibentuk.

Cara-cara:

  1. Sediakan bekas tahan panas. Boleh terus gunakan mangkuk besi mixer kalau ada.
  2. Satukan tepung gandum dan garam (bahan bertanda *), gaul rata.
  3. Panaskan minyak dan masukkan marjerin. Setelah marjerin cair, tutup api. Tuangkan campuran minyak dan marjerin panas ke dalam tepung tadi. Gaul rata guna senduk dulu, jangan guna tangan sebab masih panas. Gaulkan hingga adunan jadi seperti serbuk roti.
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut, tak terlalu keras dan tak terlalu lembik. Teksturnya lebih kurang macam playdough. Kalau terlalu lembik, nanti masa goreng akan cepat serap minyak dan kurang rangup.
  5. Rehatkan doh selama lebih kurang 30 minit. Lepas tu bolehlah dibulatkan mengikut saiz yang diinginkan. Siap untuk diisi dengan inti pilihan.

Sumber: Nurul Sakina Azizi

Baca juga: Resipi Kulit Karipap Anti Melekat, Rupanya Kena Campur 3 Jenis Tepung Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN