Sedapnya dapat makan pisang goreng sewaktu masih panas kerana rangup. Kalau dah sejuk, pisang akan lembik dan menjadi kurang sedap.
Rupanya ada beberapa petua yang boleh dipraktikkan sebelum mula menggoreng. Petua ini dijamin akan membuatkan hasil gorengan kekal rangup walaupun dah sejuk.
Jom baca 7 petua yang dikongsikan oleh Jauharatuddini Taib di bawah. Pastikan anda letak salah satu dari 7 bahan ini untuk dapatkan pisang goreng yang rangup!
Baca juga: Rahsia Telur Dadar Rangup Macam Dekat Kedai Thai, Guna 3 Bahan Je!
Anda boleh menambahkan 1 sudu besar air kapur masakan dalam bancuhan tepung.
Gunakan nisbah 2:1 untuk tepung beras:tepung gandum. Tambahkan 1 sudu teh gula dan 1 sudu teh serbuk kunyit. Kemudian, tambahkan air secukupnya dan pastikan ia tidak terlalu cair.
Petua goreng pisang ini adalah antara yang paling mudah. Caranya adalah dengan mencampurkan tepung gandum dengan sedikit air, serbuk kunyit dan garam. Kemudian tambahkan minyak masak yang panas dan gaulkan semula.
Biasanya orang buat bancuhan guna tepung beras kan? Apa kata cuba pula bancuhan guna tepung pulut. Nisbah tepung beras dan tepung pulut adalah 3:2.
Selain itu, bahan yang diperlukan adalah 1 biji telur, sedikit garam dan 1 sudu teh serbuk kunyit.
Campurkan saja semua bahan ini dan masukkan air secukupnya. Kacau sehingga sebati dan boleh mula menggoreng.
Cara yang seterusnya adalah menggunakan kelapa parut. Selain menyedapkan rasa, ianya juga boleh membantu meranggupkan gorengan anda.
Cuma tambahkan sedikit kelapa parut ke dalam bancuhan tepung, kunyit, air kapur, kelapa parut, telur dan garam.
Soda bikarbonat atau baking soda boleh juga digunakan untuk meranggupkan pisang goreng.
Campurkan tepung gandum yang digunakan bersama sedikit soda bikarbonat sebelum membancuhkannya dengan air, garam dan serbuk kunyit.
Anda juga boleh mengolah resepi dengan menambahkan 2 sudu marjerin atau ‘ butter’ ke dalam bancuhan tepung gandum, serbuk kunyit serta sedikit garam dan gula.
Tepung goreng ‘instant’ banyak dijual di pasar raya. Biasanya hanya perlu menambah air untuk menggunakannya.
Walaupun rasanya sedap, tapi tak semestinya akan menjadi garing dan ranggup apabila dimakan. Jika tidak bernasib baik, ia akan melekat dan lembik apabila siap dimasak.
Untuk mengelakkannya berlaku, anda boleh tambahkan bancuhan tepung gandum ke dalam tepung ‘instant’ tersebut dengan nisbah 1:1. Ia akan menghasilkan bancuhan yang lebih likat dan ranggup!
Kesimpulannya, aneka resipi pisang goreng yang anda boleh dapati di laman sosial. Namun begitu, pastikan anda menggunakan resipi yang mempunyai salah satu daripada 7 bahan ini.
Hal tersebut kerana, ia adalah bahan penting untuk menjadikan tepung bancuhan anda rangup dan garing walaupun ianya sudah sejuk.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Jauharatuddini Taib
Baca juga: Tips Popia Tidak Berminyak & Kekal Rangup Selepas Digoreng, Ini Rahsianya!
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…