ikan darat

Ikan darat seperti ikan puyu memang enak, tetapi jika tidak diproses dengan betul, ia boleh berbau hanyir.

Berikut adalah cara dan petua orang lama untuk menghilangkan bau hanyir dan menjadikan ikan darat lebih sedap bila dimasak.

Baca juga: Petua Simpan Cili Padi Agar Tahan Lama, Lebih 2 Minggu Pun Masih Segar Macam Baru Petik!

PETUA DAN TEKNIK MEMASAK IKAN DARAT SUPAYA TIDAK HANYIRikan darat

Langkah Membersihkan Ikan

1. Cuci ikan hingga benar-benar bersih

Pastikan lendir di seluruh badan ikan dikikis menggunakan pisau. Ketika dikikis, biasanya akan keluar lendir berwarna kehitaman seperti selut atau tanah.

2. Guna petua orang tua-tua

Ada yang mengesat ikan di atas permukaan simen kasar untuk menanggalkan lendir dengan lebih berkesan.

3. Gunakan asam jawa dan garam kasar

Gaul ikan dengan asam jawa dan garam kasar yang banyak, kemudian kisar-kisar atau ramas sehingga lendir hilang sepenuhnya. Bilas sehingga bersih.

Petua Memasak Supaya Tidak Hanyir

  • Bahan tumisan perlu lebih banyak berbanding jika memasak ikan laut.
    Tumis seperti biasa dengan bawang putih, bawang merah dan halba campur, tetapi kuantitinya perlu ditambah.
  • Daun kari adalah bahan wajib seperti dalam kebanyakan masakan berkuah.
  • Masukkan daun kesum dan bunga kantan ke dalam masakan. Ini membantu menghilangkan bau tanah dan hanyir ikan darat.

Ikan puyu, jika dicuci dan dimasak dengan cara yang betul, rasanya boleh menandingi kebanyakan jenis ikan lain. Cubalah sendiri, pasti anda terkejut dengan kelazatannya!

Sumber: Kuali

Baca juga: Petua Mak-Mak Simpan Rebung Supaya Tahan Lama, Setahun Pun Masih Elok & Tak Masam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN