petua simpan rebung

Rebung segar memang sedap dimasak dalam pelbagai hidangan seperti gulai, pajeri, acar atau ulam. Tapi bila musim rebung dah habis, susah pula nak cari. Sebab itulah penting untuk tahu petua simpan rebung dengan betul supaya tahan lama dan kekal sedap dimasak bila-bila masa.

Salah satu cara simpan rebung yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook ini terbukti berkesan, malah boleh tahan sehingga setahun jika dibuat dengan betul. Yang paling menarik, cara ini juga buatkan rebung tak masam dan kurang bau kuat. Jom tengok cara-caranya.

Baca juga: Petua Kurangkan Pedas Cili Kering Yang ‘Menyinga’, Barulah Tak Rasa Terbakar!

PETUA SIMPAN REBUNG TAHAN LAMA & TAK MASAM

Bahan yang diperlukan:

  • Rebung segar (dipotong dan dibersihkan)
  • Garam
  • Air bersih

Langkah-langkah:

1. Masukkan rebung ke dalam air dan rebus hingga air mendidih. Tak perlu rebus lama, cukup sekali naik wap dan menggelegak, terus tutup api.

petua simpan rebung

2. Biarkan rebung yang telah direbus sejuk sepenuhnya sebelum disimpan. Jangan simpan ketika masih panas kerana ia boleh menyebabkan cepat masam.

3. Setelah sejuk, letakkan sedikit garam ke dalam bekas simpanan rebung. Jangan letak terlalu banyak, cukup sekadar seperti buat jeruk petai untuk bantu awetkan rebung.

4. Simpan rebung yang telah direbus dan dibubuh garam ke dalam bekas bertutup rapat. Letakkan di tempat sejuk atau dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

Dengan hanya rebus sekali dan tambah sedikit garam, anda dah boleh simpan rebung segar untuk kegunaan berbulan-bulan, malah sampai setahun! Petua ini bukan saja menjimatkan, tapi juga bantu elakkan pembaziran.

Kalau anda selalu beli rebung segar dalam kuantiti banyak, bolehlah cuba petua ini. Senang, tak masam dan sesuai untuk pelbagai jenis masakan.

Sumber: Mymoon Amir Hamzah

Baca juga: Tip Elak Terbeli Buah Oren Masam, Ini Cara Pilih Yang Betul-Betul Manis!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN