masakan pedas

Ramai antara kita suka masakan pedas, terutama bila guna cili padi. Barulah ada “kick”! Tapi, tak semua orang boleh tahan pedas melampau.

Ada yang lepas makan sambal atau masak lemak cili padi terus rasa perut panas, pedih atau memulas. Sebenarnya, bukan salah cili semata-mata. Cara kita guna dan masak pun main peranan besar.

Kalau tahu caranya, cili padi boleh tetap bagi rasa pedas yang sedap tanpa buat perut meragam. Rahsianya terletak pada cara penyediaan dan bahan tambahan masa memasak.

Jom tengok beberapa petua masak guna cili padi tapi tak sakit perut yang mudah dan berkesan!

Baca juga: Cara Basuh Kuetiau Supaya Tak Lembik Dan Melekat, Barulah ‘Perfect’ Kejadiannya!

PETUA MASAK MASAKAN PEDAS TAK SAKIT PERUT

masakan pedas

1. Buang biji cili padi sebelum masak

Bahagian paling pedas pada cili padi sebenarnya terletak pada biji dan urat putih di dalamnya. Kalau perut jenis sensitif, elakkan kisar terus dengan biji. Belah cili dan buang bijinya dulu sebelum masak. Rasa pedas masih ada, tapi lebih lembut dan tak terlalu menyengat perut.

2. Goreng atau sangai dulu cili sebelum tumbuk

Cili padi mentah mengandungi minyak capsaicin yang tinggi. Inilah punca utama rasa pedas membakar. Untuk kurangkan kesan tu, boleh goreng sekejap tanpa minyak (sangai) atau tumis bersama bawang sebelum kisar. Kaedah ini bukan saja kurangkan bisa cili, malah buat sambal lebih wangi dan sedap.

3. Tambah bahan penyeimbang masa masak

Bila masak lauk pedas, cuba seimbangkan rasa dengan bahan lain seperti:

  • Santan atau susu cair – bantu sejukkan perut dan lembutkan rasa pedas
  • Gula melaka atau sedikit madu – kurangkan rasa pedas tajam
  • Asam jawa atau limau nipis – seimbangkan rasa dengan sedikit masam

Kombinasi bahan ini buat rasa sambal lebih seimbang, bukan sekadar pedas semata-mata.

4. Jangan masak cili terlalu lama atas api besar

Kalau cili dimasak lama atas api besar, minyak pedasnya akan keluar lebih banyak. Ini boleh buat sambal terlalu tajam bila makan. Jadi, cukup sekadar tumis sampai naik bau dan pecah minyak, jangan sampai terlalu garing.

5. Elakkan makan masa perut kosong

Walau guna petua apa pun, kalau makan pedas masa perut kosong memang boleh buat perut rasa pedih. Jadi, pastikan perut dah beralas dulu atau makan lauk pedas dengan nasi.

Sumber: Healthline

Baca juga: Cara Halau Tikus Dari Dapur Tanpa Racun, Confirm Tak Berani Tinggal Jejak lagi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN