cara halau tikus

Tikus antara haiwan yang suka menyelinap masuk ke dapur. Selain menjijikkan, ia juga boleh menyebarkan penyakit melalui najis yang membawa kuman. Jangan risau, ada cara halau tikus yang mudah dan berkesan tanpa perlu guna racun.

Kehadiran tikus selalunya berpunca daripada sisa makanan atau kawasan dapur yang lembap. Jadi, pastikan dapur sentiasa bersih dan tiada makanan terbuka yang boleh menarik perhatian haiwan ini.

Selain perangkap, boleh juga cuba petua tradisional seperti meletakkan serai, daun pudina atau kulit limau di kawasan tikus sering lalu. Bau kuat daripada bahan semula jadi ini boleh menghalau tikus tanpa perlu guna semburan racun.

Baca juga: Rahsia Dapur Tak Jadi ‘Tempat Lepak’ Lalat, Petua Berkesan Guna Bahan Semula Jadi!

CARA HALAU TIKUS DI DAPUR GUNA BAHAN SEMULA JADI

cara halau tikus

1. Letak Daun Pudina Atau Serai Wangi

Bau pudina dan serai wangi sangat kuat dan tidak disukai tikus. Letakkan beberapa helai daun ini di sudut dapur, belakang peti sejuk atau berhampiran longkang kecil. Tukar setiap minggu supaya baunya kekal kuat dan berkesan.

2. Gunakan Kulit Limau Atau Lemon

Jangan buang kulit limau selepas digunakan! Letakkan di tempat yang sering dilalui tikus. Bau sitrus semula jadi ini dapat menghalau tikus dan serangga lain seperti lipas juga. Bila kulit sudah kering, gantikan dengan yang baru.

3. Tabur Serbuk Lada Hitam Atau Cili Kisar

Bau pedas dari lada hitam dan cili membuatkan tikus tidak selesa untuk menghidu kawasan itu. Taburkan sedikit di kawasan tersembunyi seperti celah kabinet atau belakang dapur. Elakkan dari meletakkan terlalu banyak di kawasan terbuka bagi mengelak iritasi pada kulit atau hidung.

4. Tutup Semua Lubang Kecil

Periksa celah dinding, bawah sinki dan tepi pintu. Tikus boleh masuk melalui ruang sekecil satu jari. Gunakan jaring halus, simen atau span keras untuk menutup ruang ini supaya tikus tidak dapat menyelinap masuk lagi.

5. Simpan Makanan Dalam Bekas Bertutup

Pastikan semua bahan makanan seperti beras, gula dan snek disimpan dalam bekas bertutup rapat. Jangan biarkan makanan terbuka di atas meja atau di lantai kerana itu akan menarik tikus datang.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Baca juga: Cara Halau Semut Di Dapur Guna Bahan Semula Jadi, Tak Perlu Pakai Spray Racun!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN