Categories: Tips & Petua

Wanita Kongsi Idea Simpan Lemon, Halia & Cengkih Dalam Bentuk Paket, Mudah Bancuh Bila Nak Minum!

Sesiapa yang badannya mula rasa tak sedap, tekak perit atau suara serak, bolehlah guna petua lemon, halia dan cengkih ini. Setelah minum secawan, badan akan terus rasa segar.

Idea yang dikongsikan oleh Ju Abdul di Facebook memang menarik dan patut dicuba. Bukan saja mudah, tapi sangat berguna supaya kesihatan terjaga secara semula jadi.

Baca juga: Cara Simpan Barli Rebus Tahan Lama, Boleh Buat Air Barli Untuk Kawal Kolesterol

PETUA LEMON, HALIA DAN CENGKIH DALAM PAKET

Bahan-bahan:

  • 1 hiris lemon (untuk setiap paket)
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 hiris halia merah (lebih wangi dan beraroma kuat)

Cara-cara menyediakan:

  1. Mula-mula, sediakan semua bahan, potong lemon dan halia nipis-nipis.
  2. Kemudian, susun satu set bahan (lemon, halia dan cengkih) dalam bekas kecil atau plastik aiskrim.
  3. Selepas itu, bekukan dalam peti sejuk.
  4. Apabila nak minum, ambil satu paket dan bancuh dengan air panas.
  5. Akhir sekali, boleh tambah 1 sudu madu untuk rasa lebih sedap dan berkhasiat.

Minuman ini sesuai diminum pada waktu pagi, sebelum tidur atau apabila badan terasa letih. Bukan sekadar sedap, tapi bantu segarkan badan, kuatkan imun dan lindungi daripada selesema.

Tambahan pula, tips ini berkesan untuk mengelakkan lemon daripada cepat lembik. Setelah disimpan dalam bentuk beku, ia boleh tahan lama dan masih segar apabila nak guna semula.

Selain itu, anda tak perlu susah payah potong bahan setiap kali nak bancuh kerana semuanya sudah siap dalam bentuk paket kecil. Jadi, ia mudah untuk diamalkan setiap hari.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: YouTube Orkids Channel

Sumber: Ju Abdul

Baca juga: Nak Keluarkan Angin Degil Dalam Badan, Cuba Petua Minum Air Halia Madu 4 Bahan Ini

Aimi

Recent Posts

Ayam Masak Santan Dengan Sentuhan Limau, Kuah Lemak Berkrim Pula Buat Makin Sedap!

Bosan dengan menu ayam yang dimasak dengan cara sama? Apa kata cuba pula resipi ayam…

12 minutes ago

Resipi Mi Bandung Simple Tapi Pekat, Kuahnya Memang Sedap Sampai Hirup Licin!

Terasa nak makan mi Bandung yang sedap tetapi malas nak keluar rumah? Apa kata cuba…

49 minutes ago

Rahsia Kuetiau Goreng Lebih Sedap, Rupanya Tumis Tomato Sampai Layu Jadi Kunci Rasa Umami!

Kuetiau goreng merupakan antara hidangan yang sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan pagi. Walaupun menggunakan bahan…

2 hours ago

Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan, Lembut Berkilat Dan Cantik Berlapis Kejadiannya

Kuih lapis antara kuih tradisional yang ramai gemari kerana teksturnya yang lembut, kenyal dan berlemak…

2 hours ago

Resipi Cinnamon Roll Dengan Cheese Frosting, Bau Harum Kayu Manis Semerbak Satu Rumah!

Cinnamon roll merupakan sejenis roti manis yang terkenal dengan aroma kayu manis serta gulungan doh…

4 hours ago

Resepi Sayur Bayam Ala Banchan Korea Tanpa Perlu Ditumis, Wangi Semerbak Minyak Bijan!

Resepi sayur bayam ala banchan Korea ini merupakan hidangan sampingan yang sering melengkapkan sajian di…

22 hours ago