Petang-petang makan bubur kacang sedap juga, makan pula dengan roti lagilah sedap. Cuma bila nak buat bubur ni, nak lembutkan kacang hijau tu agak memakan masa sebab kena rebus dalam masa yang agak lama supaya dia lembut.
Seorang pengguna Facebook, Seri Ramlan ada berkongsikan cara mudah untuk melembutkan kacang dengan mudah dan cepat. Selepas ini boleh masak bubur dengan cepat bila teringin, tak perlu tunggu lama dah.
Jom baca perkongsian lengkap oleh beliau di bawah.
Tips Kacang Hijau Cepat Lembut Tanpa Rendam & Rebus Lama
Suka makan bubur kacang? Ni saya bagi tips lembutkan kacang dengan cepat. Tak payah rendam berjam-jam, tak yah rebus lama-lama, kompom cepat masak dan jimat gas, boleh buat bila pagi-pagi teragak nak buat bubur kacang.
Tips ni tak perlu untuk yang ada piok PC ye. Basuh bersih-bersih kacang hijau, kemudian bungkus dalam plastik dan letak air, macam nak buat ais batu.
Kemudian frozenkan, bila-bila nak masak, tak payah nyah beku, masuk dalam periuk dan tambahkan air, terus rebus.
Tak sampai 20 minit kacang dah kembang, senang dan jimat masa. Selamat mencuba.
Tips: Teknik ini juga boleh digunakan untuk membuat bubur. Cuci bersih beras dan rendam air. Kemudian bekukan. Sesuai untuk masak bubur bayi. 10-15 minit, siap!
Kredit: Seri Ramlan, Aneka Resipi Bonda (gambar)