Categories: Tips & Petua

Resipi Air Rebusan Bawang Putih Ini Bukan Biasa-Biasa, Boleh Kurangkan Batuk & Panas Badan!

Bila batuk tak berhenti sampai berminggu-minggu, memang boleh rasa letih. Rupanya, ada satu petua hilangkan batuk guna bahan semula jadi yang boleh diamalkan di rumah.

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook, air rebusan ini diperkenalkan oleh seorang wanita Cina yang prihatin apabila melihat anaknya batuk tak henti-henti.

Selepas diamalkan beberapa kali, batuk beransur reda dan demam pun kebah. Menariknya, bahan-bahan yang diperlukan juga biasa di dapur.

Bagi yang ingin mencuba, anda hanya perlu rebus 7 hingga 9 ulas bawang putih dengan 1 ½ cawan air dan 4 hingga 5 biji gula batu.

Kalau nak tahu resipi penuh tentang cara penyediaannya, boleh rujuk perkongsikan oleh Puan Farida Farid di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Air Rebusan Serai Bukan Biasa-Biasa, Boleh Elak Kencing Kotor & ‘Flush’ Kuman!

PETUA HILANGKAN BATUK DAN KEBAHKAN DEMAM GUNA AIR BAWANG PUTIH

Berikut cara penyediaan air rebusan yang dikatakan berkesan untuk membantu melegakan batuk dan memanaskan badan:

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

  1. Rebus semua bahan dengan api kecil sehingga air tinggal kira-kira suku cawan.
  2. Minum semasa masih suam.
  3. Amalkan tiga kali sehari. Satu rebusan boleh digunakan untuk dua kali minum.

Petua ini hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur setahun ke atas ya!

Sumber: Farida Farid

Baca juga: 15 Khasiat Air Rebusan Nanas, Minum Hari-Hari Akan Nampak Kesannya!

Wan N

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

10 hours ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

10 hours ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

11 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

13 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

14 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

14 hours ago