
Bila batuk tak berhenti sampai berminggu-minggu, memang boleh rasa letih. Rupanya, ada satu petua hilangkan batuk guna bahan semula jadi yang boleh diamalkan di rumah.
Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook, air rebusan ini diperkenalkan oleh seorang wanita Cina yang prihatin apabila melihat anaknya batuk tak henti-henti.
Selepas diamalkan beberapa kali, batuk beransur reda dan demam pun kebah. Menariknya, bahan-bahan yang diperlukan juga biasa di dapur.
Bagi yang ingin mencuba, anda hanya perlu rebus 7 hingga 9 ulas bawang putih dengan 1 ½ cawan air dan 4 hingga 5 biji gula batu.
Kalau nak tahu resipi penuh tentang cara penyediaannya, boleh rujuk perkongsikan oleh Puan Farida Farid di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Air Rebusan Serai Bukan Biasa-Biasa, Boleh Elak Kencing Kotor & ‘Flush’ Kuman!
PETUA HILANGKAN BATUK DAN KEBAHKAN DEMAM GUNA AIR BAWANG PUTIH

Berikut cara penyediaan air rebusan yang dikatakan berkesan untuk membantu melegakan batuk dan memanaskan badan:
Bahan-bahan:
- 7 hingga 9 ulas bawang putih
- 1 ½ cawan air
- 4 hingga 5 biji gula batu
Cara penyediaan:
- Rebus semua bahan dengan api kecil sehingga air tinggal kira-kira suku cawan.
- Minum semasa masih suam.
- Amalkan tiga kali sehari. Satu rebusan boleh digunakan untuk dua kali minum.
Petua ini hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur setahun ke atas ya!
Sumber: Farida Farid
Baca juga: 15 Khasiat Air Rebusan Nanas, Minum Hari-Hari Akan Nampak Kesannya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














