Ramai penggemar siput sedut kan? Biasa beli saja sebab kalau buat sendiri, tak reti nak cuci siput sedut tu. Lagi-lagi jika seput sedut yang masih hidup, badan mereka pasti penuh dengan lumpur dan sangat berlendir.
Rupanya ada petua cuci siput sedut dengan mengggunakan hampas kelapa saja. Siput pun jadi bersih dari segala lumpur dan lendir. Rasa dia pun jadi lebih manis!
Jom baca petua yang dikongsikan oleh Intan Suraya Haron di bawah. Menurutnya, petua turun temurun ini memang berkesan dan ramai yang masih guna sampai sekarang.
1. Gaulkan siput yang masih hidup dengan hampas kelapa, biar semalaman. Supaya siput tu muntahkan segala kekotoran dalam badan dia. (Santannya simpan untuk masak gulai)
2. Tutup dengan penapis berjaring macam ni supaya siput tak mati. Tindihkan dengan lesung batu.
3. Kerat hujung siput, jangan pendek sangat nanti susah nak sedut. Saya kerat guna cutter.
4. Cuci bersih dan boleh la terus dimasak. Kalau ada daun pucuk ubi, tonyok pada siput semasa dicuci supaya kekotoran pada badan senang ditanggal. Kalau tak ada, sental saja dengan span cuci pinggan,
5. Sedia untuk dimasak masak lemak cili api. Saya guna resipi biasa saja. Tumbuk cili api, kunyit hidup, serai dan daun kunyit. Kalau ada keladi lagi sedap. Renehkan sekejap, terus masukkan siput dan kacau jangan bagi pecah minyak. Agak-agak dah menggelegak 3 kali, boleh tutup api. Sedia untuk dihidang.
Kredit: Intan Suraya Haron
Membuat juadah resipi bihun goreng tomyam ini adalah pilihan sempurna untuk majlis besar atau jamuan…
Resipi Ayam Goreng Pandan ini diilhamkan dari ayam pandan Thai yang biasanya dibalut dengan daun…
Seronoknya jika dapat nikmati bersama teh O atau kopi yang lazat pada waktu petang. Tak…
Sekali-sekala nak cuba makanan Padang, apalah salahnya. Oleh itu, kami nak kongsikan satu resipi mudah…
Resipi asam pedas Melaka ialah hidangan tradisional yang terkenal dengan rasa masam dan pedas yang…
Resepi tomyam campur ala kedai Siam ini memang padu, tak payah susah-susah pergi kedai. Selain…