Petua beras cepat hancur jadi bubur nasi ini sesuai dalam membantu ibu-ibu menyediakan bubur nasi untuk bayi atau untuk sarapan pagi seisi keluarga.
Kalau tak ikut petua ini, memang akan ambil masa lama supaya nasi jadi lembut. Silap haribulan anak-anak menangis kelaparan bila ibu ‘terlambat’ untuk masak.
Diharapkan dengan petua yang dikongsikan oleh Naomy Chow ini dapat memudahkan kerja para ibu dalam menyediakan hidangan untuk seisi keluarga.
Cuci beras, kemudian masukkan dalam bekas dan masukkan sedikit air. Bekukan dalam peti ais sebelum masak.
Satukan beras yang sudah dibekukan bersama 7 cawan air, kiub ayam, halia dan isi ayam. Masak menggunakan api sederhana.
Masak selama 25 hingga 30 minit.
Bila bubur dah masak. Sedia untuk dihidang. Taburkan juga minyak bijan, bawang goreng dan daun bawang.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Naomy Chow
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…
Terinspirasi daripada majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikenali sebagai wedding BASS, Nor…