Categories: Resipi

Petai Berlada Ikan Bilis Paling Simple, Confirm Bertambah-Tambah Dibuatnya!

Ada tak yang rasa-rasa nak makan petai berlada ikan bilis? Kalau ada, apa kata korang follow resepi yang paling simple dan sedap di sini.

Seperti yang kita tahu, petai ni banyak manfaatnya untuk tubuh badan kita. Antaranya adalah menambah stamina, meningkatkan daya tahan tubuh, mengelakkan diri dari depresi, stroke dan anemia, tekanan darah tinggi, melancarkan pencernaan dan untuk kesihatan jantung.

Dalam penyediaan petai berlada ni, korang boleh adjust tahap penggunaan cili ikut citarasa masing-masing.

Baca juga: Cara Simpan Petai Tahan Berbulan-Bulan, Rasa Pun Tak Berubah

Kalau nak lagi pedas, boleh tambah lagi jumlah cili masa nak kisar tu. Seeloknya campur cili padi dan cili merah. Tumbuk kasar atau kisar guna chopper. Teksturnya akan lebih cantik.

Resipi ini telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Suriani Mohd. Simple dan nampak sedap walaupun dari gambar.

Makan lauk ni dah cukup dengan ikan goreng dan telur mata. Makan lauk pedas-pedas barulah syok kan.

Penggemar makanan pedas wajib cuba petai belodo ni. Memang tak rugi makan walaupun dengan nasi putih. Sedap weh! Patutlah ramai yang share. Mesti nak cuba kat rumah kan.


Resipi Petai Berlada Ikan Bilis

Bahan-bahan:

  • 4 papan Petai
  • 200g Ikan bilis
  • Cili api
  • 4-5 biji Bawang merah

Cara memasak:

1. Tumbuk kasar semua bahan di atas.

2. Tumis ke semua bahan-bahan hingga pecah minyak.

3. Last sekali, masukkan secukup rasa dan gaul-gaul petai.

4. Akhir sekali, terus angkat masuk bekas. Jangan terlalu lama petai tu. Tak syok nak makan nanti.


Selamat mencuba!

Baca juga: Telur Dadar Cha Om (Pucuk Petai) Ala Thai, Menu Sahur Ringkas Guna 4 Bahan Je

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…

3 days ago

Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…

3 days ago

Resipi Mee Udang Ala Sarawak Guna Mi Segera, Baunya Buat Selera Terangkat!

Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…

3 days ago

Mufin Labu Dengan Streusel, Resipi Ini Dijamin Kek Menjadi Elok Sempurna!

Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…

3 days ago

Resipi Laksa Goreng Penang, Kelainan Rasa Laksa Yang Pastinya Sedap!

Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…

3 days ago

Sedapnya Pekena Ayam Masak Burma, Rasa Kuahnya Sumpah Luar Biasa

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…

3 days ago