perap ayam bakar simple

Kalau anda tengah mencari perap ayam bakar simple yang betul-betul menjadi, resipi perkongsian C’Su Rosni ini memang pilihan terbaik. Resipi ini nampak biasa, tapi hasilnya lembut, juicy, wangi dan cukup rasa, sesuai untuk makan harian atau bila tiba-tiba teringin ayam bakar.

Paling menarik, bahan perapannya sangat mudah dan tak perlu tunggu lama pun dah sedap. Teknik masaknya pun cepat dengan perap, goreng sikit, kemudian bakar. Oleh itu, sesuai sangat untuk sesiapa yang nak masak sedap tanpa banyak kerja.

Baca juga: Resipi Ayam Perap Bakar Filipina Paling Juicy, Sekali Cuba Anak-Anak Terus Suka!

RESIPI PERAP AYAM BAKAR SIMPLE

perap ayam bakar simple

Bahan-bahan (anggaran untuk 4 ketul ayam):

Cara-cara penyediaan:

1. Perap Ayam

  • Gaulkan ayam dengan semua bahan sehingga sebati.
  • Resipi ini tak wajib perap lama — nak terus masak pun boleh.
  • Kalau nak lebih padu, perap 30 minit hingga 2 jam.

2. Goreng Sekejap

  • Panaskan minyak dan goreng ayam sekejap saja untuk bagi warna cantik.
  • Elak goreng lama sebab madu & gula melaka mudah hangit.

3. Bakar Sampai Masak

  • Sediakan aluminium foil dalam pemanggang ajaib.
  • Letakkan ayam dan bakar hingga masak dan wangi.

4. Siap Untuk Dihidang

  • Ayam akan jadi berkilat, juicy dan cukup rasa.
  • Makan dengan nasi panas atau makan begitu saja pun padu!

Tip Extra Untuk Lagi Sedap

  • Tambah serbuk cili kalau nak lebih pedas.
  • Sapu madu nipis sebelum angkat untuk lebih berkilat.
  • Boleh guna air fryer atau oven jika tiada pemanggang ajaib.
  • Bahagian peha atau drummet paling juicy.

Resipi perap ayam bakar simple ini memang sesuai untuk semua kerana cepat, senang dan confirm menjadi walaupun anda bukan pro di dapur. Dengan bahan asas dan teknik ringkas, anda boleh hasilkan ayam bakar yang lembut, wangi dan penuh rasa. Cubalah sekali, mesti nanti ulang buat lagi!

Selamat mencuba!

Sumber: C’Su Rosni

Baca juga: 5 Resipi Ayam Perap Simple Guna 4 Bahan Mudah, Setiap Hari Dapat Makan Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN