ayam perap simple

Apabila seharian sibuk mengurus rumah, kerja dan keluarga, nak masak pun kena cari jalan cepat. Oleh itu, anda boleh guna idea resipi ayam perap simple ini untuk masak nanti.

Resipi ayam perap simple ini senang nak sediakan awal-awal dan sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja. Nak makan, anda hanya perlu bakar, goreng atau masuk air fryer saja.

Kami tertarik dengan video oleh dayana.azizan di TikTok kerana semua resipi ayam perap yang dikongsikan sangat mudah dibuat tanpa memerlukan bahan yang banyak. Jom kita tengok!

Baca juga: Idea Menu Bekal ‘Jimat Poket’ Ke Tempat Kerja Mengikut Hari, Seminggu Makan Sedap!

5 IDEA AYAM PERAP SIMPLE

1. Ayam Rebus Pedas

ayam perap simple

Bahan-bahan:

  • Paprika
  • Mixed herbs
  • Serbuk perasa
  • Chili flakes atau lemon (pilihan)

Cara-cara membuat:

  1. Cuci ayam dengan bersih.
  2. Letak serbuk paprika, mixed herbs dan serbuk perasa.
  3. Gaulkan ayam dengan sebati.
  4. Tambah chili flakes jika suka pedas. Nak masam sedikit, boleh perah lemon.

2. Ayam Ala Kenny Rogers

ayam perap simple

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

  1. Cuci ayam dengan bersih.
  2. Campurkan sos tiram, black pepper, mixed herbs dan madu.
  3. Tuangkan atas ayam.
  4. Perap lebih lama, rasanya jadi lebih sedap.

3. Ayam merah

ayam perap simple

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

  1. Cuci dan potong isi ayam mengikut saiz yang disukai.
  2. Letakkan serbuk kunyit, serbuk cili, gula dan garam.
  3. Gaulkan ayam dengan sebati.

4. Ayam bakar yogurt

Bahan-bahan:

  • Garam
  • Yogurt
  • Serbuk cili
  • Black pepper

Cara-cara membuat:

  1. Cuci ayam dengan bersih.
  2. Letakkan garam, yogurt, serbuk cili dan black pepper.
  3. Gaulkan ayam dengan sebati.
  4. Boleh tambah bahan lain ikut citarasa.

5. Ayam cajun

Bahan-bahan:

  • Cajun
  • Chili flakes
  • Sos tiram

Cara-cara membuat:

  1. Cuci ayam dengan bersih.
  2. Letakkan cajun, chili flakes dan sos tiram.
  3. Gaulkan ayam dengan sebati.

Anda boleh gunakan resipi ayam perap simple ini untuk menggoreng atau bakar dalam air fryer dengan mudah. Selepas ini, taklah kelam-kabut nak masak untuk keluarga di rumah lagi.

Semoga bermanfaat!

Sumber: dayana.azizan

Baca juga: Menu Bajet RM50 Untuk Seminggu, Semua Sedap Dan Mudah Dibuat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN