Categories: Informasi

‘Pentas Little Star’ Cari Si Kecil Berbakat, Ini Masanya Untuk Rebut Hadiah Wang Tunai Sehingga RM1,500!

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak berbakat dalam nyanyian, tarian, lakonan atau penceritaan, inilah masanya untuk memberi mereka peluang menyerlah. Pentas Little Star kini membuka penyertaan kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun dari seluruh Malaysia.

Kempen anjuran Sirap Limau ini berlangsung bermula 3 Ogos hingga 30 September 2026 dengan objektif mencungkil bakat, membina keyakinan diri serta memberi ruang kepada kanak-kanak menampilkan kreativiti mereka dalam suasana yang positif dan menyeronokkan.

Mengangkat tema “Kecil-Kecil Dah Meletup”, pertandingan ini bukan sekadar mencari juara, malah menjadi platform untuk anak-anak meneroka potensi diri sambil mencipta pengalaman bermakna bersama keluarga.

Baca juga: Jom Sertai Kempen Terbesar ‘Tonton Non Stop, On Top!’ Berpeluang Menang Kereta & Hadiah Bernilai RM700,000!

Pentas Untuk Anak-Anak Menonjolkan Bakat

Pentas Little Star mengalu-alukan pelbagai jenis persembahan kreatif seperti nyanyian, tarian, lakonan, bermain alat muzik, bercerita dan apa sahaja bakat yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Menurut Ketua Kandungan Editorial Sirap Limau, Anis Amirah, tujuan utama kempen ini adalah untuk menyediakan sebuah platform positif yang membolehkan kanak-kanak menyerlahkan bakat, meningkatkan keyakinan diri serta meraikan kreativiti mereka dalam suasana yang selamat dan menyeronokkan.

“Setiap kanak-kanak mempunyai keunikan dan potensi tersendiri. Melalui Pentas Little Star, kami mahu memberi peluang kepada mereka untuk tampil berani, berkongsi bakat serta membina pengalaman yang dapat menjadi kenangan bermakna buat mereka dan keluarga,” ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Kempen Pentas Little Star, Siti Haidatina berkata pertandingan ini diadakan bagi menggalakkan penglibatan keluarga dalam menyokong perkembangan bakat anak-anak menerusi kandungan kreatif yang positif.

“Pentas Little Star bukan hanya mencari pemenang, tetapi memberi ruang kepada setiap peserta untuk meneroka minat, mengembangkan keyakinan serta berkongsi kreativiti mereka bersama komuniti yang lebih luas.

“Kami berharap kempen ini dapat menjadi titik permulaan kepada perjalanan anak-anak dalam mengenali dan mengembangkan potensi diri,” katanya.

Cara Sertai Pentas Little Star

Penyertaan dibuka kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun yang merupakan warganegara Malaysia. Penyertaan boleh dibuat secara individu mahupun berkumpulan. Peserta hanya perlu:

  • Merakam video persembahan berdurasi maksimum 90 saat.
  • Memuat naik video ke TikTok menggunakan akaun ibu bapa atau penjaga.
  • Mengikut syarat dan terma pertandingan yang ditetapkan.
  • Memastikan kandungan sesuai untuk tontonan keluarga.

Berpeluang Membuat Persembahan Di Kaca Televisyen

Salah satu tarikan utama Pentas Little Star ialah peluang untuk membuat persembahan di pentas Wanita Hari Ini (WHI). Kemuncak pertandingan akan berlangsung pada 29 September 2026, apabila peserta terbaik diraikan menerusi segmen khas di WHI sebelum pemenang utama diumumkan berdasarkan penilaian akhir oleh pasukan Sirap Limau.

Hadiah Menarik Menanti Pemenang Pentas Little Star

Pemenang utama bakal membawa pulang:

  • Wang tunai RM1,500
  • Plak penghargaan
  • Sijil penyertaan
  • Barangan eksklusif Sirap Limau seperti tote bag, pelekat A5 dan button badge

Selain itu, empat pemenang sagu hati turut menerima wang tunai RM200 setiap seorang berserta barangan rasmi Sirap Limau.

Jangan Lepaskan Peluang!

Jika anak anda gemar menyanyi, menari, berlakon, bermain muzik atau mempunyai bakat unik yang ingin dikongsi, Pentas Little Star mungkin menjadi platform terbaik untuk mereka menimba pengalaman dan meningkatkan keyakinan diri.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Pentas Little Star di https://siraplimau.com/pentaslittlestar/index.html atau ikuti media sosial rasmi @mysiraplimau bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:

  • Anis Amirah (amirah@revmedia.my);
  • Siti Haidatina (haidatina.aznam@revmedia.my)

Baca juga: REV Media Group Raih 7 Anugerah di MDA d’Awards 2026, Kekalkan Kedudukan Sebagai Penerbit Digital No.1 Malaysia

Wan N

Recent Posts

Resipi Spageti Bolognese ‘Goreng’ Versi Lain Dari Biasa, Idea Sarapan Yang Mengenyangkan!

Resepi spageti bolognese goreng ini sesuai untuk sesiapa yang mahukan kelainan ketika menyediakan sarapan untuk…

29 mins ago

Uniknya Buat Roti Bakar Berinti Yogurt Guna 4 Bahan Saja, Rangup Di Luar Berkrim Di Dalam!

Roti bakar resipi ini sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan pagi atau snek petang. Dengan hanya…

47 mins ago

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

17 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

18 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

18 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

19 hours ago