mda d awards

REV Media Group (REV), penerbit digital nombor satu Malaysia, mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih tujuh anugerah di Malaysian Digital Association (MDA d Awards 2026), termasuk Emas bagi kategori Publisher of the Year dan Content Agency of the Year.

Secara keseluruhan, REV membawa pulang tiga anugerah Emas dan empat anugerah Perak menerusi kategori yang merangkumi penerbitan digital, kandungan berjenama, inovasi AI, pertumbuhan audiens, pelaksanaan kempen serta pembangunan bakat.

Baca juga: Lelaki Ini Bagi Rating 8/10 Dalam Review Jujur Restoran Rembayung, Ini Menu Yang Wajib Anda Order!

SELAIN RAIH 7 ANUGERAH DI MDA D AWARDS, REV MEDIA KUKUHKAN KEDUDUHAN SEBAGAI PENERBIT DIGITAL NO.1 DI MALAYSIA

mda d awards

Kemenangan Emas bagi Publisher of the Year dan Content Agency of the Year mengukuhkan lagi kedudukan REV sebagai penerbit digital nombor satu Malaysia. Pengiktirafan ini mencerminkan kekuatan REV dalam menghasilkan kandungan berteraskan audiens, menerbitkan dalam pelbagai bahasa serta memahami platform dan budaya tempatan.

REV turut meraih Emas bagi Best Digital Growth Campaign, yang mengiktiraf keupayaannya dalam mengembangkan audiens dan menghasilkan impak yang boleh diukur menerusi platform digital.

Empat anugerah Perak pula diraih menerusi kategori Best AI & Digital Tech Products, Best Use of Content / Advertorial / Native Advertising, Best Use of Integrated Screens dan Rising Star.

Pencapaian ini menyerlahkan keupayaan REV dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan produk berasaskan AI, penceritaan jenama, kempen merentas skrin serta pembangunan bakat dalam industri digital.

“Kemenangan ini amat bermakna kerana ia mencerminkan usaha menyeluruh REV, daripada penerbitan dan kandungan berjenama kepada produk AI, pertumbuhan platform dan penyelesaian kempen bersepadu. Fokus kami kekal sama, iaitu memahami audiens Malaysia, menghasilkan kandungan yang relevan, serta menggunakan teknologi dengan tujuan yang jelas.

Ini adalah pencapaian bersama dan saya berbangga dengan semua warga REV yang terus meningkatkan standard media digital di Malaysia,” kata Samuel Wee, Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group.

Kemenangan di d’Awards 2026 ini terus memperkukuh kedudukan REV sebagai penerbit digital nombor satu Malaysia, dengan fokus terhadap kecemerlangan penerbitan, kandungan berjenama, penggunaan AI secara bertanggungjawab, pertumbuhan audiens dan pembangunan industri.

Selain menghasilkan karya yang diiktiraf industri, REV turut menyumbang kepada ekosistem digital Malaysia melalui kerjasama industri, inovasi platform serta inisiatif pembangunan belia seperti Tech For Good Youth, yang memberi pendedahan praktikal kepada pelajar dalam bidang kandungan, media dan teknologi.

Mengenai REV Media Group

REV Media Group ialah penerbit digital nombor satu Malaysia yang menguruskan lebih 30 jenama berautoriti dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Cina. Dengan capaian lebih 16 juta pelawat unik setiap bulan, REV Media Group menyediakan kandungan digital, penceritaan berjenama, penyelesaian berasaskan data dan inovasi platform untuk audiens, pelanggan serta rakan kongsi di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari https://revmedia.my. 

Baca juga: Waktu Solat Malaysia Perkenal Pelan Tanpa Iklan, Pengguna Kini Boleh Baca Artikel Terus Dalam Aplikasi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN