
Menangi kereta baharu dan pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM700,000 hanya dengan menonton drama kegemaran anda menerusi Kempen ‘Tonton Non Stop, On Top!’ yang merupakan kempen ganjaran terbesar yang pernah diperkenalkan oleh Tonton.
Kempen ini berlangsung dari 15 Jun hingga 9 Ogos 2026 dan memberi peluang kepada pelanggan mengumpul mata serta bersaing untuk memenangi pelbagai hadiah lumayan hanya melalui aktiviti penstriman.
Antara hadiah yang menanti pemenang ialah sebuah Nissan Kicks e-Power 1.2L VL, sebuah GAC Emkoo 1.5L Turbo dan dua buah TQ Wuling Bingo EV. Selain itu, terdapat juga 70 unit telefon pintar Oppo serta 1,120 baucar tunai Watsons bernilai RM108 setiap satu untuk dimenangi.
298 Pemenang Dicari Setiap Dua Minggu Sepanjang Kempen Tonton Non Stop, On Top!

Sepanjang kempen berlangsung, seramai 298 pemenang akan diumumkan pada setiap kitaran dua minggu. Hadiah yang ditawarkan merangkumi kategori Hadiah Utama, Naib Johan, Hadiah Saguhati dan Hadiah Saguhati Khas.
Bagi memberi peluang kepada lebih ramai peserta untuk menang, jumlah mata dan
kedudukan peserta akan ditetapkan semula pada penghujung setiap kitaran dua minggu.
Pemenang Hadiah Utama dan Naib Johan pada pusingan terdahulu tidak layak memenangi hadiah utama yang sama pada pusingan berikutnya. Namun, mereka masih berpeluang memenangi Hadiah Saguhati dan Hadiah Saguhati Khas sepanjang kempen berlangsung.
Strim dan Menang!
Menyertai kempen ini sangat mudah. Pengguna hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama tiga bulan atau 12 bulan sebelum mula mengumpul mata menerusi tontonan drama yang ditetapkan.
Lebih banyak kandungan yang ditonton, lebih banyak mata yang boleh dikumpul. Ini sekali gus meningkatkan peluang untuk naik ke kedudukan teratas dan bergelar pemenang.
Maksimumkan Kutipan Mata Anda
Selain mengumpul mata melalui penstriman, pengguna juga boleh menambah mata tanpa had menerusi pembelian Tonton Subscription Gifts untuk keluarga dan rakan-rakan.
Setiap hadiah langganan selama tiga bulan memberikan 100 mata bonus, manakala hadiah langganan selama 12 bulan menawarkan 400 mata bonus.
Turboost: Mata Berganda Setiap Hujung Minggu Sepanjang Kempen Tonton Non Stop, On Top!
Kempen ini menjadi lebih menarik dengan pengenalan Turboost, iaitu sistem gandaan mata khas pada setiap hujung minggu. Pengguna yang menonton kandungan terpilih pada hari Sabtu dan Ahad akan menerima mata berganda secara automatik. Ini memberi peluang untuk mengumpul mata dengan lebih pantas dan meningkatkan kedudukan dalam carta peserta.

Sebagai platform penstriman pilihan ramai, Tonton sentiasa berusaha menawarkan pengalaman hiburan yang lebih menarik dan memberi nilai tambah kepada pengguna. Melalui Tonton Non Stop, On Top!, penonton bukan sahaja berpeluang memenangi hadiah lumayan, malah dapat menikmati lebih banyak kandungan eksklusif yang tersedia di platform tersebut.
Orang ramai kini boleh mula bersedia untuk menyertai Tonton Non Stop, On Top! dengan memuat turun aplikasi Tonton atau melayari laman web tonton.com.my, mendaftar atau log masuk ke akaun masing-masing dan mula menstrim kandungan terpilih bermula 15 Jun ini.
Jadi, lagi banyak anda menonton, lagi cerah peluang untuk mendaki carta peserta dan membawa pulang hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan!
Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan kegemaran anda, ikuti Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram menerusi akaun @tontonmy.
Baca juga: Resipi Air Kundur Kegemaran Rakyat Malaysia, Rupanya Mudah Saja Nak Buat Sendiri Di Rumah!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














