Categories: Resepi

Pening Nak Fikir Juadah Makan Petang? Bolehlah Cuba Resipi Kuih Seri Muka Ni, Senang Je!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-10-28 06:29:52

Ibu-ibu dekat luar sana mesti dah buntu kan nak masak apa untuk hidangan makan petang lebih-lebih sepanjang tempoh PKPB ni. So apa kata korang cuba resipi kuih seri muka yang mudah dan sedap dari Suisan Aliezsa.

Bahan-bahan: –

Bahagian bawah.

1. 3 cawan pulut

2. 2 cawan santan

3. Secubit garam

Kredit: Suisan Aliezsa

Cuci pulut dan toskan. Masukkan santan dan garam, kukus dalam talam selama 25 minit dan penyek-penyek sehingga padat.

 

Bahagian atas

1. 1 cawan tepung gandum

2. 2 cawan santan

3. 1 1/2 cawan gula pasir

4. Setengah cawan air pandan (kisar daun pandan)

5. 1 sudu besar tepung jagung

6. 1 biji telur

7. Secubit garam

Kredit: Suisan Aliezsa

Cara-cara: –

  1. Masukkan semua bahan-bahan blend bagi adunan halus.
  2. Kemudian masukkan kedalam pulut yang telah dipadatkan
  3. Kukus 30 minit siap. Boleh guna cawan apa-apa asalkan sukatan guna cawan yang sama.

 

Kredit: Suisan Aliezsa

 

Selamat Mencuba

 

Kredit: Suisan Aliezsa

myresipi

Recent Posts

Rahsia Roti Lembut Sampai Berhari-Hari, Satu Doh Boleh Buat Pelbagai Jenis Roti!

Kalau sedang mencari resipi roti yang boleh dibuat untuk sarapan atau bekal anak ke sekolah,…

16 hours ago

Sardin Je Ada? Jangan Risau, Tukar Jadi Kari! Resipi Sardin Kari Ini Memang Buat Nasi Bertambah!

Resipi Sardin Kari sesuai untuk anda yang sudah tidak tahu nak makan apa. Kalau sardin…

18 hours ago

Resipi Kuih Cucur Topi, Hanya Guna 5 Bahan Untuk Hasil Rangup Di Tepi & Lembut Di Tengah

Kuih cucur topi antara kuih tradisional yang mungkin buat ramai teringat zaman kecil. Bentuknya yang…

19 hours ago

Resipi Ikan Temenung Masak Asam, Menu Kampung Yang Sedap Sampai Kuah Pun Licin!

Ikan temenung masak asam antara lauk kampung yang nampak ringkas, tetapi gabungan rasa masam, manis…

20 hours ago

Telur Dalam Peti Sejuk Dah Lama? Ini Cara Mudah Nak Tahu Masih Elok Atau Tidak

Pernah tak buka peti sejuk dan ternampak beberapa biji telur yang sudah lama dibeli? Tarikh…

21 hours ago

Cara Buat Tart Nenas Tanpa Telur, Rahsia Sedap Rupanya Terletak Pada Jenis Butter

Nak tahu cara buat tart nenas yang sedap, mudah diterap dan tidak menggunakan telur? Rupanya,…

21 hours ago