PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-10-28 06:29:52
Ibu-ibu dekat luar sana mesti dah buntu kan nak masak apa untuk hidangan makan petang lebih-lebih sepanjang tempoh PKPB ni. So apa kata korang cuba resipi kuih seri muka yang mudah dan sedap dari Suisan Aliezsa.
Bahan-bahan: –
Bahagian bawah.
1. 3 cawan pulut
2. 2 cawan santan
3. Secubit garam
Kredit: Suisan Aliezsa
Cuci pulut dan toskan. Masukkan santan dan garam, kukus dalam talam selama 25 minit dan penyek-penyek sehingga padat.
Bahagian atas
1. 1 cawan tepung gandum
2. 2 cawan santan
3. 1 1/2 cawan gula pasir
4. Setengah cawan air pandan (kisar daun pandan)
5. 1 sudu besar tepung jagung
6. 1 biji telur
7. Secubit garam
Kredit: Suisan Aliezsa
Cara-cara: –
- Masukkan semua bahan-bahan blend bagi adunan halus.
- Kemudian masukkan kedalam pulut yang telah dipadatkan
- Kukus 30 minit siap. Boleh guna cawan apa-apa asalkan sukatan guna cawan yang sama.
Kredit: Suisan Aliezsa
Selamat Mencuba
Kredit: Suisan Aliezsa