Tular di media sosial apabila seorang peniaga Arab di Madinah sangat fasih berbahasa Melayu. Tambah uniknya lagi, peniaga ini siap ‘add on’ bahasa Melayu dialek Kelantan!
Menerusi video yang dimuat naik oleh @amirhadijaafar di laman TikTok, boleh dilihat seorang pembeli sedang berkunjung ke sebuah kedai yang menjual kurma dan coklat, telah tertarik dengan peniaga itu yang begitu fasih kecek kelate.
Baca juga: Peniaga OKU Buktikan Boleh Berjaya, Resipi Sos Lada Hitamnya Tarik Ramai Pelanggan
Antara dialog yang disebut peniaga tersebut ialah:
“Nak coklat kurma murah di sini. Hargo pecoh kepalo. Sek sek kita jange pecah. Kita sekampung ore Kelate. Suko makey budu sama nasi kerabu”, katanya.
Video tersebut telah meraih perhatian netizen dan tular sehingga mencecah lebih 200k tontonan. Ramai yang tertanya-tanya dari mana jejaka Arab tersebut belajar dialek kelantan.
Video Penuh:
@amirhadijaaffar
Menerusi persoalan netizen ini, Amir telah memuat naik video yang berasingan bagi menjawab persoalan tersebut.
“Macam mana you pandai cakap Kelantan?” tanya Amir kepada jejaka Arab tersebut.
“Orang yang datang haji ramai orang Kelantan beli di sini. Kito jadi pandai boleh kecek Kelantan. Suka makan budu juga dengan nasi kerabu, sedap sangat,” jawabnya.
Meninjau pula di ruangan komen, kebanyakan netizen kagum dan terhibur dengan telatah peniaga Arab tersebut yang memang sebijik bunyinya macam orang tempatan.
Antara reaksi netizen:
Dengar tu, sek kito jange pecoh! Hahaha, dah international tau dialek Kelantan ni, korang jangan main-main.
Baca juga: [VIDEO] Hati-hati Pilih Belacan! Peniaga Ini Jumpa ‘Benda’ Lepas Rasa Sambalnya Ada Tekstur Pasir