paku rawan

Sayur paku rawan merupakan salah satu sayur kampung yang cukup digemari. Selain kaya dengan khasiat, teksturnya yang unik juga menjadi tarikan.

Apabila digigit, sayur ini memberi rasa segar dan sedikit rangup, seolah-olah meletup di dalam mulut. Itulah yang menjadikan ia begitu sedap dan membuka selera.

Sayur ini paling sesuai dimasak secara tumis. Tidak memerlukan banyak bahan, hanya dengan bawang, cili, sedikit belacan dan jika suka, boleh ditambah ikan bilis untuk lebih rasa. Hasilnya tetap enak dan cukup menyelerakan.

Resipi ini sangat sesuai untuk hidangan harian. Cara penyediaannya mudah dan cepat, sesuai bagi sesiapa yang ingin masak lauk ringkas tetapi tetap sedap dimakan bersama nasi panas.

Baca juga: 10 Sayur-Sayuran Yang Tak Boleh Digoreng, No.5 Paling Ramai Suka Makan!

RESIPI SAYUR PAKU RAWAN TUMIS

paku rawan

Bahan-bahan tumis:

  • 1 biji bawang besar
  • 2-3 biji bawang kecil
  • Cili merah secukupnya
  • Cili padi secukupnya

Bahan lain:

  • Pucuk paku rawan
  • Sedikit garam
  • Sedikit belacan
  • Ikan bilis (digoreng atau ditumbuk, jika suka)

Cara penyediaan:

  1. Kisar bawang besar, bawang kecil, cili merah dan cili padi hingga hancur (tidak perlu lumat).
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.
  3. Masukkan sedikit garam dan belacan, kacau rata.
  4. Masukkan pucuk paku rawan yang telah dibersihkan. Gaul sebati dan biarkan ia layu sedikit.
  5. Akhir sekali, tambahkan ikan bilis goreng atau yang telah ditumbuk untuk menambah rasa.
  6. Sedia untuk dihidang bersama nasi panas.

Sumber: Zila Nur Aril

Baca juga: Resipi Cucur Sayur, Ikut Teknik Ini Barulah Hasilnya Rangup & Sedap Dimakan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN