resepi cucur sayur

Anak-anak kadang susah nak makan sayur kalau dihidang dalam bentuk lauk. Tapi bila cuba resepi cucur sayur ini, terus berebut makan! Belum sempat sejuk, pinggan pun dah licin.

Cucur ini bukan saja mudah dibuat, malah teksturnya rangup di luar, lembut dan berperisa di dalam. Sayur pula boleh ikut suka, nak letak kubis, tauge, lobak merah atau kucai pun boleh. Jom cuba!

Baca juga: Tip Buat Cucur Jagung Yang Super Rangup, Rahsianya Jangan Bancuh Dengan ‘Air’!

RESEPI CUCUR SAYUR RANGUP

resepi cucur sayur

Bahan A:

  • Tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk bilis atau serbuk ayam

Bahan B:

  • Kubis bulat (dihiris halus)
  • Lobak merah (disagat halus)
  • Daun bawang (dipotong)
  • 1 biji bawang besar (dihiris halus)
  • Kentang (disagat halus)
  • Kucai (dipotong)
  • Tauge (ikut kesukaan)
  • Cili merah (dihiris halus)
  • Udang (boleh dibuang kulit atau dibiarkan mengikut cita rasa)
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan semua Bahan A ke dalam Bahan B.
  2. Gaul rata sehingga sebati.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  4. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
  5. Rehatkan adunan selama 10 hingga 15 minit.
  6. Panaskan minyak dan goreng cucur hingga keemasan dan rangup.
  7. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Cucur Bilis Lagi Sedap Jika Tambah 2 Bahan Ini, Confirm Tak Cari Resipi Lain Dah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN