Categories: InformasiTips & Petua

Mampu Ganti Gula Putih, Pakar Dedah Khasiat GULA KELAPA Yang Ramai Tak Tahu

MAMPU gantikan gula putih, khasiat gula kelapa (palm sugar) tidak dinafikan sangat bagus untuk pengambilan seharian.

Gula kelapa adalah manisan semula jadi yang terhasil dari pokok kelapa. Ia mempunyai pelbagai nama, mengikut jenis pokok yang dihasilkan.

Antaranya gula Melaka, gula kabong, manise, gula nipah, gula merah dan sebagainya.

Tambah lagi, gula kelapa lebih sesuai untuk pesakit diabetes kerana mempunyai Indek GIisemik yang lebih rendah berbanding gula pasir dan madu.

Baca juga: 10 Tips Untuk Mengawal Paras Gula Dalam Darah, Elak Penyakit Kronik & Awet Muda

Gula kelapa juga mengandungi lebih banyak mineral seperti kalsium, potassium dan zat besi berbanding dengan gula pasir yang hampir tiada mineral.

Ambil dalam kuantiti yang sederhana untuk mengelakkan rasa pahit kopi atau teh sahaja bukan untuk mendapat rasa manis.

KEHEBATAN DAN KHASIAT GULA KELAPA

1. Jumlah elektrolit

Apa contoh elektrolit? Potassium, magnesium dan sodium. Penting untuk fungsi otot, saraf, organ dan sel sel.

2. Rendah GI

Hampir sama dengan GI gula yang ditemui dalam buah.

3. Anti oksida asli

Tidak diletak bahan kimia atau bahan tambahan lain. Nutrien dikekalkan dalam bentuk asal.

4. Ada inulin

Tiada dalam gula lain. Pastikan usus sihat. Gula dalam darah dikawal. Halang penyakit bahaya seperti kanser.

5. 100% bebas ‘bone-char’

Pernah dengar? Bone-char adalah sebatian tulang haiwan yang sering digunakan. Untuk putihkan gula dan kekalkan kehalusannya. Ni ramai tak tahu.

6. Non-GMO

Gula kelapa adalah 100 organik. Produk GMO banyak dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan.

7. Kaya vitamin dan mineral

Tiada pada gula putih. Seperti asid amino, vitamin C, vitamin B. Gula kelapa senang ditukarkan kepada nisbah 1:1.

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar

Wan N

Recent Posts

‘Rider’ Bongkar Premis Makanan Kotor Di Kulim, Lalat & Najis Tikus Ditemui Dalam Kedai!

Sebuah premis makanan di Kulim, Kedah diarahkan tutup selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan,…

9 hours ago

Resipi Kuetiau Ladna Seafood, Ada Satu Langkah Penting Untuk Dapatkan Kuah Pekat Elok!

Kuey teow ladna resepi guna seafood ini sesuai dicuba kalau teringin menikmati hidangan berkuah pekat.…

13 hours ago

Tak Guna Susu Pun Boleh Jadi Creamy! Resipi Mac & Cheese Ini Guna Air Kelapa Parut, Unik!

Resipi mac and cheese ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan daripada hidangan pasta…

15 hours ago

Ingatkan Gula Kelapa Untuk Buat Kuih Saja… Rupanya Ada 7 Kegunaan Lain Dalam Masakan!

Ramai menggunakan gula kelapa untuk membuat kuih tradisional kerana rasanya manis dan aromanya seakan karamel.…

15 hours ago

Resipi Donut Bantal Versi ‘Malas’, Tak Perlu Uli Lama Atau Bentuk Bulat Satu-Satu!

Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…

16 hours ago

Resipi Kubis Cina Gulung Berinti Ayam, Kukus 20 Minit Saja Dah Siap Untuk Menu Diet Sihat!

Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…

17 hours ago