Putu Mayam merupakan antara makanan tradisional India yang digemari oleh masyarakat Melayu sejak dahulu kala lagi.
Biasanya, kuih atau makanan ini dihidangkan bersama isi kelapa dan gula melaka.
Jom kita lihat cara membuat putu mayam yang dikongsi oleh Julia Aleen Aireish di bawah.
1. Sediakan daun pisang yang dipotong bentuk bulat.
2. Panaskan dan didihkan air terlebih dahulu.
3. Bila sudah mendidih, masukkan garam dan minyak jagung. Gaul rata.
4. Tutup api, masukkan tepung beras sedikit demi sedikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika perlu, belum jadi adunan lembut tambah tepung sedikit-sedikit sahaja.
5. Masa adunan panas masukkan ke dalam acuan maruku, pilih lubang yang paling kecil untuk putu mayam.
6. Putar acuan secara membulat di atas daun pisang yang telah disapu sedikit minyak, jangan terlalu tebal.
7. Susun dalam pengukus, kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja. Bila sudah masak alihkan putu mayam ke dalam bekas.
8. Sedia dihidang bersama dengan kelapa dan gula kesukaan.
Kredit: Julia Aleen Aireish
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…